Tuesday, February 2, 2016

Masa senang beringatlah,masa susah bertabahlah......

Dah 5 hari ckli di discharge dari ward selepas 18 hari disana.Macam macam dilalui.Tidor dalam wad yang suhunya mencecah tahap beku bukanlah sesuatu yang nyaman.Ya wad kelas satu bilik seorang memang sejuk gila.Sekarang cikli dah boleh tidor atas katilnya sendiri....tapi masih tak nyenyak.Semalaman tak boleh tidor...rungutnya.

Hmm..itulah fasa post discharge. Kalau dihospital cikli dilayan misi misi yang baik,dirumah hanya cikson seorang.
You ni....itulah katanya bila cikson bertegas tak bagi apa yang dia minta.Nak makan benda2 yang mungkin mudarat utk dirinya tentulah cikson tegah.
Cenge la...bila dia tak dengar apa yang cikson kata dan dia ingat cikson tempik padanya.

Semalam bila trafik reda sedikit,cikson ke tingkat enam HTF lagi.I tell u parking is one heck of a fuss HTF ni.Kalau memandu tak berapa nak cekap biarlah menapak jauh sikit.So parking my car outside the hospital,I walked briskly to the said building.Mencari jalan yang singkat buat hati sedikit cuak.Lengangnya tempat ini selepas waktu bekerja.Jalan dicepatkan bila hati terasa cuak .Dan bila sampai ke atas bangunan tercungap2 makcik.

Selepas exchanging a few pleasanteries ,cikson beredar selepas mendapat apa yang dihajati.Temujanji cikli dgn doktor pakar,bergegas pula ke kedai runcit.Barang2 runcit aka groceries dah habis boliau di pantry. Nak masak APTB.Leka memilih barang tak sedar hari dah gelam dan cikson terpaksa bergegas pulang.

Eh ...malam ni nak makan apa ya.
So ,detour ke restaurant kegemaran.Nasi,tomyam,kerabu dan puyuh goreng jadi pilihan.Jadi habuan makan malam maam dan tuan.

Actually,truth be told.Cikson amat tidak suka bershopping atau driving by myself.Semua kerja2 ni ditanggung beres cikli. Dan nampak gayanya terpaksa cikson galas sendiri...

So...masa senang beringatlah anak2....jaga kesihatan,kebersihan,kewangan..kerana bila kita abaikan sakit demam senang menyerang.
Dan bila sakit atau ahli keluarga sakit bertabahlah...
Apa apa pun cikson amat bersyukur kerana anak anak yang mengambil berat dan ahli keluarga yang membantu.Kalau tidak cikson pun buntu.....
Dan berserah kepada Allah agar semua dipermudah...



3 comments:

  1. Semoga kesihatan Cikli (dan Cikson juga), pulih sepenuhnya.

    Syukurlah anak-anak mengerti dan memahami serta ringan tulang membantu bila perlu. :)

    ReplyDelete
  2. Mudah-mudahan cikli segera sembuh seperti sedia kala. Cikson pun jaga kesihatan, kalau dah dua-dua tak sihat nanti lagilah haru kan,

    ReplyDelete