Monday, January 4, 2016

New beginning....selamat kembali ke sekolah anak anak.

Hari ini , di Perlis adalah hari pertama alam persekolahan utk tahun 2016.
Selamat mula sekolah anak anak saudara dan cucu cucu saudara semua.
Ada yang baru memasuki tahun satu dan ada yang memasuki tingkatan satu.Dan sudah pastilah debaran buat mereka lagi hebat dari yg lain.Suasana baru,cita2 baru,inspirasi baru di sekolah baru.

Budak kuat ragam di SP jadi murid baru tahun satu. Belajar rajin rajin ya cu.Tokngah mendokan Adriana berjaya dan menjadi anak yang solehah. Melihat cucu saudara ini mengimbas kembali masa masa lampau cikson berkungfu dan berkuntau menyekolahkan anak2 sendiri.Tahun2 disekolah rendahlah cikson paling busy.Dengan tuition ,aktiviti tak henti henti serta berhempas pulas mencari rezeki.

Eh biarlah anak anak . Buat apa pressure mereka...
Tapi ciklicikson berpendirian anak2 disekolah rendah masih boleh dibentuk. Masih boleh ditunjukajar.Maunya sudah ke sekolah menengah baru nak letak syarat2,rasanya agak terlambat.Dan kalau boleh,usahakanlah anak2 mempunyai target utk pencapaian mereka.Target utk memasuki sekolah pilihan.Juga target utk mempunyai sekurang2 Diploma atau Ijazah pertama.

Selamat kembali sibuk ibu ibu ayah ayah.
Sudah habis tempoh bersantai sepanjang cuti persekolahan yang lalu.
Begitu juga guru guru...Selamat kembali mengajar semua. Khasnya buat 2 sekolah yang terakhir cikson.SK Sena dan juga SK Raja Perempuan Budriah.Semoga tahun 2016 ini membawa kejayaan.




No comments:

Post a Comment