Monday, January 11, 2016

Minggu kedua sekolah...ada apa apa masaalah?

Minggu ni minggu kedua hari persekolahan 2016.Ada banyak minggu lagi yang perlu dilalui.Yang pasti minggu pertama yg berlalu meninggalkan bermacam cerita.Ada lucu,ada lawak,ada sedih,ada geram...ya bermacam ragam.

cikgu cikten...cuti dah habis .
Minggu pertama persekolahan...macam macam gambar dan video bertandang dalam inbox.Dan bila melayari fb,wassup bermacam cerita pula disajikan.
Semalam,heboh kisah anak anak di universiti kelaparan.Makanan free habis dalam tempoh 10 minit.
Hmm bercakap ttg anak u kelaparan,teringat cikson masa berada dikolej .Pernah rasa situasi sama.Budget lari kelaut maka kenalah ikat perut.Nak merayu pada ibuayah adik beradik tidaklah.Kerana mereka pun duit elaun kolej itulah yang membantu kelangsungan hidup mereka.
Tapi kan....kalau tak hemat berbelanja..gaji 4000 pun makan maggi kalau tak percaya.

 dgn beg bakul mcm tu lah cikson kenal sekolah
Langsung bercakap ttg gelagat anak disekolah, gelihati pun ada lihat mereka yang masih belum dapat menerima suasana baru dalam hidup mereka.Semasa di tadika mereka bebas.Nak jerit,nak berlari kurang disiplin mengekang mereka.Tapi bila tahun satu ,disiplin arus perdana sekolah perlu mereka santuni.Jadi terjadilah cerita anak anak yang jadi tarzana,panjat grill utk balik rumah.Haha kecoh kecoh.

Cikten anak cikson pun hari ini hari pertama dia kembali mengajar.Kesian baby kena tinggal .Mujur ada tok der dan wan utk menjaga.Selamat kembali ke sekolah cikten.Tahniah atas pencapaian cemerlang tahun 2015 .Semoga tahun 2016 juga cemerlang dalam UPSR sekolah.

 Antara cerita minggu lepas...

dah jadi tarzana

jangan lah dik

jam berapa tidur semalam dik.

2 comments:

  1. Macam-macam gelagat para pelajar...:)

    Dalam keadaan ekonomi yang makin menghimpit ini, nak berjimat pun mungkin dah hilang punca kerana segalanya perlukan wang...

    ReplyDelete
  2. Zaman dah nak balik macam zaman kita dulu... serba susah... makan bercatu, nak bermewah memang x dak la...

    Makchaq pun pi sekolah bawak beg bakui rotan masa darjah 1..

    ReplyDelete