Sunday, January 10, 2016

Laman ke atau quarry batu?...kabar dari kampung.

Hujung minggu yang sunyi save for the blaring tv .
Matahari dah menyengat walau belum dinihari.
Dah berhari hari hujan tak menyirami bumi.
Namun angin kuat yang bertiup ,menolong menstabil suhu yang meninggi.

Oh ya...cikli harini bercanda ke Pulau Pangkor bersama sama ahli rombongan KRT taman lama kami.Cikson diajak berkali kali namun dalam keadaan tangan dan bahu yang masih sakit,pelawaan itu terpaksa cikson tolak walau berat hati.

Sakit bahu dan tangan sejak balik dari KL tempoh hari masih berbekas. Ada masa datangnya buat cikson terlepas apa yang dipegang.Namun kalau tak sakit,cikson tak dapat berdiam diri.Ada saja kerja yang nak diberesi.

laman rumah ke atau quarry batu......
Dah lama laman RBL macam bukan laman.Lebih mirip quarry letup batu...So satu hari cikson minta cikli urus beli top soil.Biar sedap sikit mata memandang.Dan kalau rajin boleh tanam pokok pokok yang berkenan.
Jadi 2 lori kecik tanah dengan harga 300 cikli tempah.Hmm..musim kering begini barulah sesuai tambun menambun.Tapi selepas tanah menimbun diterima,kerja merata siapa nak lakukan? Mula2 cikli rasa dia badang,tapi sekerat jalan tak tertahan.
Upah sajalah pak hang oooi...
kotiau goreng cikson utk menjamu
Jadi tenaga ciklan adik cikli dan paksu ,jiran lama kami jadi penyelamat.Juga tak lupa anak anak bulus yang jadi mandor setiap masa.Eh...silapnya tak ambil gambar mereka.
paksu tgh bekerja...gagah dan gigih dia
Maka tertimbuslah tanah berbatu gersang dilaman RBL...namun tanah yang dibeli tak mencukupi .Kena order lagi 2 lori....

tanah disini dah rata



sini juga

tapi disini entah bila siap agaknya.....
Itu saja berita RBL hujung minggu ini...selamat bercuti semua..bye.

2 comments:

  1. Jika dah kemas semua, sedap merancang cucuk tanam sayur n bunga2..
    Selamat berbakti pada tanah cikgu..
    Jaga kesihatan dan bahu tu juga

    ReplyDelete
  2. Bila tanah dah ditambun,maka keluarlah ilham nak berkebun.
    Sepetang semalam cikson cangkul rumput dilaman
    Bila malam rasa nak demam...alahai.

    ReplyDelete