Tuesday, January 5, 2016

Kucing pun ada perasaan tau....hiks.


Hullo, Gud morning Luvs.

Hai...harini giliran Nina pula utk menulis kerana come Tuesday its Cats' Day as mamason implied.
So here we go....

Cikson selalu ketawakan Nina bila lihat Nina termenung sendirian atas pillar pagar besi.
Ha...tunggu pakwe la tu...dia selalu berperangsangka oooops perasangka.Well people or human beings are always up in assumptions and allegations.Letih mak..
sinilah tempat kesukaan Nina 

Semasa atas tunggul kayu mau pun atas pagar ini ,Nina selalu berfikir. Aduih...macam2 yang menerjah fikiran.
Melihat keluh kesah mem besar aka cikson ,pening kepala Nina.Akibat tekanan hidup sekarang yang menimpa cikson,hidup nina pun terkesan sama. Mana tidak...Kalau dulu mamason tak berkira utk membeli berkilo ikan temenung utk kami anak2 bulus dia,sekarang tidak lagi.Harga ikan temenung la ni adalah harga mampu milik puak puak menteri saja.
Dulu kami selalu dijamu ikan sardin dalam tin....la ni jangan harap. Ikan sardin yang dulu makanan kaum marhaen juga dah kelangit harganya.
Dulu ciklicikson rajin berbelanja di Giant dan Tesco.Tapi sekarang jarang jarang. Mereka lebih banyak bertunggu tangga di hospital . Sakit demam macam tak habis habis.

Nina juga selalu terfikir dan bermenung nasib tentang anak anak.Ketawa? Eh jangan. Jangan fikir manusia saja fikir dan worry tentang anak anak.Nina pun sama.
Tu si Pong....entahlah. Worry juga nina bila dia lebih banyak berkawan dengan rabbit dan ayam ayam tok wan.Dengan kaum sendiri dia buat tak reti. Hari tu ada sekor pak we mengendap dia ,namun dia buat bo layan...Takkan nak kawin dengan ayam n rabbit kan.

Lihatlah santainya dia


Si Tam pula masih menyusu walau dah besaq panjang.Sekarang dia dah pandai membolos diri masuk rumah. Maka riuhlah cikson mengejar dia suruh keluar. Sunggoh tak adil cikson ni. Kalau Pong boleh pula bersenang senang dalam rumah. Siap dengan bakul utk tidur.
Kenapa ya manusia ni suka pilih memilih bila berkasih.Dengan anak anak pun nak beza membeza.Eoooow.


huaaaaaa....ngantuklah pula....

tidoq sat noooo


mamanina.....

Pong marah nii.....mamanina mengata Pong ya....grrrrrrrrrrrrrr.

Itu saja lah cerita dan omelan Nina kali ni..Bye...

Ninasandaq

8 comments:


  1. Sebuah lori berhenti, agaknya untuk menyelamatkan kucing itu dari dilanggar pula kenderaan lain.

    agaknya kucing itu nak menyeberang jalan, tak sempat...

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Comelnya sikit tapi cerdik nya banyak.Terhibur hati tgk ragam kucing kampung ni.Low maintenance tapi cerdik.Cikson tak brapa suka kucing parsi atau lain2 yg bulu lebat.Rimaih.

      Delete
  3. Ada kucin lebih, mai sekoq! Geram sangat aihh tengok!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uncle,
      haritu ada kecek anak suruh lepaskan salah satu kucing dia.Tapi kan...dia nak bagi yg ibu..mau ka kalau lagu tu.Kucing ibu ni kalau beranak,anak2 dia comel.

      Delete
  4. Sungguh cikgu
    Kucing2 walau tak pandai bercakap.. Perlakuan mereka mudah nak kita fahami.
    Depa suka pada sesorg yg memanjakan depa...
    Jauhkan diri dari seseorg yg menganiaya depa
    Mmg jelas mereka punya perasaan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu akak,
      Pong kalau nampak adik cikli,cemas sunggoh.Tapi dgn org lain dia relaks saja.Mesti dia dah kena jerkah sbb selalu pi masuk kebun wan..

      Delete