Wednesday, January 6, 2016

Jom Jalan Jalan Mai Peghelih...ETS ada komuter pun ada.Pilih saja.

Berita baik buat penggemar keretapi.
Komuter dah sampai Pegehlih ni.
Nak tau...baca lagi

dok dengaq saja komuter komuter...la ni dah sampai Kangar kita.

Awal tahun yakni 1.1.2016 satu lagi kemajuan pengangkutan buat Pegehlih oooops Perlis.
KOMUTER dah sampai sini!
Tapi bukanlah dari KL Central sana diibukota raya Malaysia tercinta.Cuma bermula dan akhirnya di Butterworth sana...
Hooray....so kalau nak ke SP nanti cikson tak perlu lagi naik ETS yang tiketnya macam berlian nak dapatkan. Tapi.....stops atau tempat berhentinya banyaklah kalau dibandingkan.Janji sampai.
Ni cikson sharekan ....

jadual dia......
tambang dia....Arau ke SP 7.40 saja..

Nak storylah sikit pengalaman cikson menghantar anak ke stesen bas intercity di Sungai Petani satu hari.Kesian tengok .
Bas yang akan dinaiki adalah bas Transnational pukul 9.30 pagi. So selepas bersarapan di kedai terminal disitu kami pun menuju ke tempat perlepasan. Tu dia aih....berjujun orang yakni ramaaaainya manusia terutama umat Melayu kita.Yang menghantar dan penmpang penuh memenuhi ruang hadapan bas berhenti.Dan cikson pun merehatkan badan diatas bangku sambil memerhati gelagat manusia...
Mak...bas ada kat dalam tu. Ciklin yang sedar akan kehadiran bas yg sedia menunggu dicelah celah bas yang berbaris disitu.Betullah. Mujur dia sedar.Kalau tidak terlepaslah bas dua beradik itu.
Sapa sapa yang naik bas Bulan dan Matahari pukul 10 ,bas ada kat sana...laung suara wanita .Kata pun wanita maka tenggelamlah suaranya dalam hiruk pikuk manusia dan enjin bas. Tiga empat kali juga wanita itu berlegar dan menanya penumpang penumpangnya.
What a fail system...I observed.
Mana PA? Sure orang tak tahu mana berlabuh bas yg nak dinaiki kalau tak ditinjau sendiri.
Itulah...kalau untuk rakyat macam kita,buat apa apa pun cincai cincai saja.Asal ada.
And that day,sure many people could have missed their buses because of the system. Dahlah tempat sempit. Yang banyak gerai meniaga yang tak semenggah mana.

Terminal Bas Kangar yang dibrandedkan sebagai Terminal Bas Bukit Lagi sedang dalam penambahbaikan.Dah lama ciksoncikli tak ke sana semenjak ada ETS.Kalau tidak dalam sebulan mau 2,3 kali. Harap tu biarlah rakyat biasa biasa yg naik bas diberi keselesaan.

Dan dengan bermulanya Komuter ni...bolehlah rakyat Perlis balik hari ulang alik pergi kerja sampai Butterworth sana.Seawal 5.45 dah tren bermula....

Selamat naik komuter semua....Bye.




8 comments:

  1. Sedang merancang-rancang dengan suami nak cuba naik ETS berdua ke Utara...tapi entahlah bila akan terlaksana... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kakcik,
      Selamat mencuba beli tiket ETS dan mengembara ke utagha sini.

      Delete
  2. Akan sampai juga nanti...masih ada ramai kawan disana...kola perelehh ada....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uncle,Mai kola pekena ikan bakaq. Tapi bila musim publik holiday,rasa mcm ternbakaq hati saja,Mahai sangat.

      Delete
  3. Replies
    1. Akak,
      Kecik tapak tangan ,lori cikson tadahkan.Bila dah cekap bawa kereta bolehlah cikson jadi drebar kalau akak mai.Bawa akak pi jln2.

      Delete
  4. Ramai juga yang berulang alik dari Butterworth - perlis kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Arz,
      Jenuh juga kalau berkeeta atau naik bas.Mau lenguh.Kalau ETS atau komuter,rasanya ok sikit.

      Delete