Friday, January 8, 2016

Alahai ETS... ada permainan ka?

Salam pagi Jumaat semua.Cikson harap semoga kita dilimpahi rahmat .

Well.well.
Malaslah nak berperasangka.
Tapi selalu juga disangka cempedak,buka buka nangka.

Kisah bauxite yang dok di hohayoya sana sini rupanya punya unsur yang kita tak suka dengar. Unsur yang biasa di Malaysia bumi tercinta kita ini.Isu kalau ada duit senang jalan. Tak ada duit ...hmmm bo layan. Apalagi kalau tak RASUAH.
Hmmm nak kata apa...itu baru habuk habuk atas permukaan saja.Mungkin yang mengambil tu buat analogi begini.... .Apala salahnya kami pun ambil sama.Sikit saja.100 ribu bukan billion.
Geram sunggoh kerana sikap begini bumi jadi mangsa.Rakyat sengsara.Pahang salah satu tempat yang dekat dhati cikson.Setiap tahun dikunjungi dan suka akan kedamaian disana. Tapi bila lihat kemusnahan yang tergambar ditv semalam...aduh kesihan.

Itu cerita bauxite.

Ni pulacerita ETS...
Kesian anak cikson.Bersengkang mata dia melayari internet nak beli tiket balik raya cina ni. Sebelum tu dia dah pergi KL Central nak beli tiket.Tapi kata tak jual lagi.Belum buka lagi.Esok harinya baru dibuka utk jualan. Maka baliklah dia dgn kecewa dalam perasaan.
Malamnya internet dilayari keran tarikh itulah yg ingin dibeli. Dah cuba berkali kali tapi tak dapat juga.
Esoknya dia ke KL Central semula. Disaringan pertama dah diberitahu.Tiket untk hari tu dah habis.
Kecewa dia...
See permainan dia. Baru buka dah habis?
Macam cerita peminat bola beli tiket pun ada.
Bermalam bertangga tunggu tiket,bila buka dah habis. Siapa yg perabis?
Ulat ulat tiketlah sapa lagi? Tapi mcmana mereka boleh dapat tiket kalau org awam dinafikan hak utk membeli.

Please do something ...SPRM ke,SPAD ke spood ke....
dan pihak KTM tolonglah beri alasan munasabah kenapa tak boleh beli in advance. Dua bulan ke tiga bulan ke...
Hari itu masa cikson naik,tiket dikatakan habis. Tapi bila naik dalam train,tempat duduk ada yang kosong.Awat lagu tu?
Mcm tempat duduk sebelah cikson.Kata ada orang,sampai Kangar cikson seorang.Begitu juga beberapa kerusi lagi.Cikson takut ada apa apa permainan. KTM nanti rugi kita juga yg susah nanti.Tak gitu?
Bab kesal dan sakit hati beli tiket ETS ni,bukan di KL Central saja yang begini.Di Arau pun sama.Entah lah...takut ada apa apa.Bukan apa...

Omelan cikson.




2 comments:

  1. Salam kak. Singgah dari Blog kakcik nur seroja. ETs setahu saya hanya dijual dalam tempoh terdekat tetapi tak tahulah saya belum ada pengalaman. Tapi tiket keretapi lebih cepat habis dari tiket bas

    ReplyDelete
  2. Salam aRz,
    tkasih sudi singgah blog cikson yg tak seberapa ni.Tu la...frust sunggoh bila dengar anak2 yg nak balik x dapat tiket walau mencuba bersunggoh2 utknya.Jenuhla dia nak naik bas musim perayaan yg ambil masa 10,12 jam.Kalau ETS 4,5 jam dah sampai rumah.

    ReplyDelete