Tuesday, December 1, 2015

Anugerah terindah...kesian dia

Semasa Maktokson sibuk dengan urusan urusan seharian ,si ekor panjang tidak lagi jadi perhatian.Dia semcam memahami . Lantas dia hanya duduk duduk dekat cikson . Bila cikson didepan menghayun buai,dia ikut sama. Dan bila baby Fahiem dibawa masuk bilik,dia ikut sama.Cuma berbaring dilantai bilik.
Sesekali tergambar kehairanan diwajahnya bila dia ditegah buat apa yang dia suka.
Dia juga seakan ingin tahu siapa yang berada didalam buai dan menangis sekuat hati.

Selalulah dia dijerit....
Pong ,jangan garu
Pong..pi keluar.
Pong...jangan panjat.

wajah bosan....APTB
panjat tingkap tak boleh



Sudah dua hari dia tidak dijerit lagi.
Dia bebas ke sana kemari
Tapi buai ditengah living room dah tiada
Dan baby pun dah kembali ke ibu kota.

masuk kotak tak boleh
gigit bunga tak boleh
Semalam,cikson letak bakul diatas lantai.
Pong...masuk bakul. Boom.
berbaring kat lantai sambil dakap bantal pun tak boleh
Dan dia segera menurut perintah.

Cikli yang bersantai menonton tv terus mendodoi si anak kecil ekor panjang.



sini boleh ya 

duk dalam bakul ok la pula..cikli tolong dodoi..

2 comments: