Thursday, November 19, 2015

Aging gracefully....mana nak dihumban serabut otaknya ini.

Berita tentang kehilangan seorang guru besar menarik perhatian ku.Sudah hampir dua minggu dan dia masih dijejaki. Kemana ya dia menghilang diri? Selamatkah dia hingga kini.Kenapa jadi begini? Itu soalan soalan yang menerjah otakku cuba memahami.

Dia seorang Guru Besar. Dan aku sedia maklum tentang tanggungjawab seorang GB. Aku pernah pakai sepatu itu.Betapa aku pun kadang kadang mau saja hilang pertimbangan kerana bermacam macam hal yang menerjang .Mungkin keadaan kesihatan ku yang ok aku dapat melalui zaman ini. Entah entah kalau aku ditempat dia lama sudah aku menyembah bumi.

Mungkin...mungkin sajalah.Dia punya tekanan bukan saja kerana dia menghidap terminally ill sickness. Bukan saja beban tugas setinggi gunung tetapi mungkin kerana tak punya tempat meluahkan perasaan.Tiada  siapa sudi mendengar keluhan.Everybody so busy utk beri perhatian.
Ya...satu masa dulu,aku hampir begitu.

Masa tt masih ada,dia tempat aku mencurah rasa.Dia mendengar tanpa menghukum.Dia tidak keluarkan arahan cuma saranan..Terasa aku tanpa dia.No more ears that listen.
 tak berani aku mengongsi rasa...hehe takut2 jadi lain  cerita.

Jaisha...pulanglah segera.
Anak anak mu tentu merindu kamu..

Kadang2 serabut otak memikir
Walau kadangkala hanya ribut dalam cangkir.
Terlalu memikir buat kita jadi pandir.....

Nukilan diatas lama sudah aku coretkan.
Hanya dini malam ini aku tekan publish button.


4 comments:

  1. masaalah tetap ada dimana mana. kita yang kena kuat dan tahu mengurus tekanan.

    kalau tak kerana kuat saya pun nyaris terjun jambatan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. IM, ada masa masaalah terasa sangat besar dan berat utk ditanggung sendiri..Ada masa kuat menghadapi dan ada masa macam nak cabut lari..hehe.

      Delete
  2. Replies
    1. Uncle,
      misteri kehilangan dia dah masuk 60 hari dan masih jadi misteri.Semoga dia dilindungi.

      Delete