Friday, November 6, 2015

Aging gracefully...

Masih ku ingat semasa aku meyikat rambut putihnya. Dia bukan nenekku. Bukan ahli keluarga ku. Tapi hanya jiran ku. Masa itu aku masih muda belia.
Mah....hang cakap dengan sapa tu...dia menyoal anaknya.
Mak ni sandiwara radio la .Bukan ada siapa siapa.
Ada hari dia merungut tidak diberi makan. Sedangkan baru tadi pinggan disorong ke belakang.
Dia baik . Anak cucunya baik baik. Maka beruntunglah dia hingga nafas terakhirnya.

Dia baik.Tapi anak cucu entahlah .....Nak kata baik,baiklah. Nak kata kurang baik...pun boleh lah juga.Sbb dalam yang baik baik itu terselit juga yang tak baik.
Kesian dia diherdik bagai anak kecil. Katanya dibantah. Nasihatnya disanggah.Tentu hatinya luka parah.
sekadar hiasan...googled

Masih ku ingat dia menyangkul tanah di seberang jalan rumah. Penjuru padang didepan rumah dijadikan tanahnya berkebun..Pasu,botol,bekas plastik semua diangkut utk dijadi bekas tanaman.Walau banyak yang menyanggah,dia buat tak indah.Apa aku kisah. Mungkin itu pegangan falsafah.Maka bermasam mukalah dia dengan isterinya yang tak suka.
Eh.. itu tanah orang.
Busuklah nanti rumah orang bila dia mula membina reban.
Apa kata jiran tetangga,
Bunga bagi kita,tapi semak orang lain kata...
Tapi dia peduli apa.....antara kata kata isteri yang nasihatnya ditolak ketepi.

Dia membuang semua ubat yang diberi kerana takut diracuni....
Tapi kenangan lama dulu dulu segar bugar dia ingati.

Aging gracefully....itu minta hati.
Bila nanti aku benar benar tua....ewah macamlah sekarang belum tua.Aku berharap aku tidak jadi mereka..Buat apa suka sbb kerana kita dah tua.
Dari pengamatan mata....

Bila benar benar tua..
Duit ringgit sangat berkira
Nasihat teguran orang tutup telinga.
Buat saja apa suka.
Dan pemimpin negara pun ada yang serupa.....eh siapa dia ya?

2 comments: