Monday, October 26, 2015

Selamat kembali ke sekolah...jerebu dah habis dah?

Deruman kereta di jalan tak berkesudahan
Pagi pagi buta lagi dah kedengaran
Berselang seli dengan kokok ayam jantan yang tak berhenti henti sahut bersahutan.

Menyelak langsir,hari dah siang.
Terlihat anak anak sekolah dihantar ibu ayah naik motor.
Berdua,bertiga,malah berempat pun ada
Laju menderu bagai tergesa gesa.

Selamat kembali belajar anak anak ke sekolah .
Cikgu pencen tak perlu lagi terkocoh kacah
Relax....minum kopi sebelum buat kerja rumah.

Budget baru dah dibentang sudah...
Oleh Menteri Kewangan dalam parlimen.
Sana sini ada potongan
Pandai pandailah pentadbir pusat pengajian cari jalan penyelesaian.

Terkenang kembali masa cikson berada dikemudi
Budget sedikit tapi macam macam kena penuhi.
Kalau ada ,masa datangnya pula dekat 2  hujung tahun. Maka tunggang langganglah sekolah bertungkus lumus nak bereskan. Masa tu lah nak exam,masa tulah nak bersukan, dan masa tu lah nak majlis kecemerlangan.
Macam peruntukan sukan dan koko yg kena juga dihabiskan.Kalau tidak ...siaplah badan.Dalam mesyuarat negeri akan dibentangkan.Sekolah mana yang tak ikut peraturan.

Sehari dua,timbul cerita isu jerebu dan sekolah. Sekolah kena tutup,budak2 tinggal rumah. Ibubapa pun rasa payah. Cikgu pula yang disesah. Hmm...susah susah.

Semoga jerebu yang berlalu tak datang lagi bertamu..Kesian anak anak yang dahaga ilmu. Kesian ibubapa yang rutin harian mereka terganggu.

Selamat kembali ke sekolah anak anak...


2 comments:

  1. Kena tambah berusaha dengan keras untuk melengkapi keperluan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. uncle,
      Kesian dekat sekolah yg susah dpt sponsor,nak buat prog pun tentu payah.

      Delete