Thursday, October 22, 2015

Minggu yang sibuk

Kelam kabut .Itu situasi hidup ciklicikson suami isteri these last few days.
Fast paced, planned but depended on the situation,on the move itulah keadaan kami .
Sekarang dah kembali biasa biasa tetapi terkurung dalam rumah akibat jerebu yang menggila.Dah 200+ katanya IPU di Kangar pagi ni.Aduhai......

Semuanya bermula Jumaat lepas.
Jam 7 kami dah bergegas ke KTM Arau menunggu ETS.Punya awal sampai gutter bahagian menunggu pun belum dibuka.
Dan by 8 dah berada dalam ETS.
Choh cheh choh cheh tuuuuuuuuuuut....sampai KL Central.
Eh lawak aja... ETS bukan keretapi 70 an yang cikson naik.Dulu2 mmg macam tu .Sekarang dah tak.

And by 12 dah sampai kami di KL Central dan terus ke Putera Mahkota.Mujur anak saudara menunggu disitu,kalau tidak teraba2 lah ciklicikson.Tak tahu mana arah nak tuju.

Besoknya berombongan ke Batu Pahat.Meminang time.Selepas aturcara dan makan makan terus pecut ke KL kembali.Nak ke Batu Pahat ikut rombongan meminang pun tidak terlepas dari kekangan keadaan...

Dan besoknya pula mula lah kami berkampung di Pusrawi...menunggu kelahiran cucu pertama.Alhamdulilah a bouncing and healthy baby boy arrived finally.Debaran dan getaran rasa yang tak dapat dilakarkan dengan kata.Syukur yang teramat .

The next day,ambil ETS sekali lagi kembali ke Kangar.By next week hopefully baby akan ke Kangar
dan tokmama tentu sibuk kembali.

Baju bertimbun tapi nak basuh tiada matahari.Kalau dijemur pun akan berbau asap....alahai jerebu.Hidup kami seakan terbelengu oleh mu.

2 comments:

  1. Tahniah kak kerana mendapat cucu lelaki! Mesti comel dan meriah suasana di Pereleh nanti!

    ReplyDelete
  2. Uncle,
    Terimakasih. Seminggu dua lagi baru depa balik mai.Masa tu baru meriah Pereleh.

    ReplyDelete