Thursday, October 22, 2015

Jerebu Menggila...sampai bila?

Di Kuala Lumpur semasa menunggu tren di KL Central jerebu menunggu.
Dalam tren ETS,pukul lima alam dah kelabu.
Ingat sampai ke Kangar bolehlah bernafas dengan lega ,tak terganggu.
Namun itu angan2 sia sia. Harapan palsu.
Jerebu mengikut cikson balik kampung rupanya.
pukul 10 pagi.

Dari semalam cikson tengok semua samar samar
Rumah banglo tengah sawah tidak lagi kelihatan.
Nak membasuh baju pun tidak dapat dilakukan kerana matahari tidak memancar seharian.
Dan burung 2 pun tidak kedengaran berkicauan.
Kokok ayam pun tak kedengaran
Kucing2 bergelimpangan keletihan....

Jerebu terus menggila
Hari ini cikli keluar pekan pakai tutup mulut.
Perit tekak dan pedih mata
Dan API atau IPU 240 + rupanya dia.

Haih....sampai bila jerebu nak menggila
Sampai kita kojol semuanya agaknya.
Dan bila dah tak ada umat manusia
Baru jerebu padam sepenuhnya?
mana matahari?

Kenapa masa mula2 dulu dilly dally nak memadamnya
Sekarang dah melarat baru panggil bantuan
Jokowi....Sime Darby...Tabung Haji...kononnya
Punya peranan dalam situasi yg jahanam ini.
Entahlah ....itu semua duniawi.

dari fb Perlis Aktif

Banyak efek kait berkait dalam isu ini
Sekolah tutup anak anak terbiar sendiri
Macam2 boleh jadi
Maka berangkutlah mereka ke pejabat ibu sampai petang nanti
Senangkah atau produktifkan ibu ibu nak bertugas begini?

Katanya 3 tahun lagi baru isu ini boleh diatasi
Yang berduit bolehlah terbang luar negeri
Kita yang marhaen
Belajarlah bernafas ikut telinga ,atau tukar jantung dan paru2 dgn insang macam ikan.
Duduk dalam lautan......

Apa kabar adik2 yang asthma....tentu sengsara.





2 comments:

  1. Hari ini bacaan IPU di negeri2 sebelah utara nampaknya naik mendadak. Semoga kita semua dijauhkan dari penyakit yang merbahaya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harini IPU 224.Nampak kelabu saja.Nak bernafas pun terasa tak lepas. Bau asap.Semoga semua kita diberi Allah dalam keadaan selamat.

      Delete