Thursday, October 15, 2015

going with the flow....bila jadi warga emas.

Dahulu masa gagah dan sasa,nak berjalan tak kisah punya.
Siap duit semua berjaya.
Tak ada duit saja lain cerita....

Dan bila jadi warga terlebih dewasa,program untuk berjalan banyak yang dipinda.
Andai dulu,sehari dua sebelum berpergian,kereta siap dihantar kebengkel.
Sampai hari,cikli akan memandu dengan cikson jadi assistant .Dan peranan yang cikson mainkan bukan setakat peneman saja.Banyak tau.Jadi polis,jadi JPJ,jadi pengajar sekolah memandu sampai cikli naik hantu.

Haa... you pula DRIVE!
Tapi kadang2 kebisingan,kegusaran cikson ada juga faedahnya.Bukan tak pernah terbabas...

Tapi sekarang sudah tak ada lagi abang sasa.Dah tak ada penolong driver.Puncanya kedua2 dah tak kuasa.Tak berdaya.

So ....
Kali ini kami ke KL naik ETS!
Nak bagi tau lah...bukan senang wei nak dapat tiket niiii...bertunggu tangga cikli kat stesen KTM Arau.Berminggu berhubung hotline mereka baru ketahuan hala.Dan akhirnya dapatlah cikli beli 2 tiket utk warga tua.Mujuq murah...40++ sahaja.

Beg dah pack semuanya.
Sambal daging pun dah siap sebelanga.
Besok pagi pagi jangan miss k.api pula....tidak naya!

Iterinari di KL pun dah susun dgn padat
Ke Bangi,ke Batu Pahat
Tapi semuanya tertaaluk kepada beberapa syarat.

We go with the flow... itu yang sebaiknya.

4 comments:

  1. Kak dok ada di KL ka la ni? Kalau ada kot belah ampang, habaq naa....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uncle,masa pi sana,tenet tak boleh layan.Lagipun kesana kemari sampai tak jijak tanah.

      Delete
  2. Kak,saya ni teringin teramat nak naik.tapi like u said susah bebenor nk dpt tiket.last2 I got fed up.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maz,
      Nak ambik tiket mmg trouble tapi bila dlm ETS ...marvelous.Berdesup samapi Arau.

      Delete