Saturday, October 24, 2015

Bila warga emas naik ETS...silap2 sampai Gemas.

Hoooray...Alhamdulilah
Berjaya ciklicikson naik ETS
Walau mengharungi tak sedikit sakit hati nak dapat tiket.Macam2 kes.

Mula2 ciklicikson pergi ke KTM Arau nak tempah tiket bila hotline KTM kata tiket dah boleh beli.
Awal2 pagi dah sampai lah kami takut ketinggalan tiket k.api.
Tapi.... penjual tiket kata ...naheee,tiket tak buka lagi..Maka pulanglah kami dgn sedikit putus hati...err patah hati.

Selepas itu beulangkali cikli talipon sana sini. By the way hotline KTM ialah.......
Dan akhirnya dapatlah dua keping tiket ke KL Central pada 16 Okt.perjalanan 8 pagi.

tiket ETS warga emas kalau tak ada IC tak lepas.Gate A sebelah KFC
Kcuhhhh kceeeh ....well err no...there's no such thing until we reached Tg Malim. The journey was smoooooooth as silk.Terkejut makcik 15 minit saja sampai Anak Bukit dan 45 minit sampai SP.
Kat SP adik makcik naik dan dapat pula seat belakang kami saja...how nice was that.

dalam ETS


Naik ETS tak rasa apa apa .Dapat pula seat yang menghadap perjalanan kita.Kalau tidak tentu pening kepala.So ingat which way are you going.Northbound atau south bound.Lagi satu tak goyang goyang badan kecuali last part of the journey. Memasuki KL keretapi merintih,menangis dgn suara suara yg pilu.

oooook eeeeekk iuuuuk....

Sampai KL kami terpinga...Rupanya dia turun stesen lama.So kalau nak pi KL Central janganlah dok turun lagi.Nanti yang menunggu disana tercari cari.

Di KL Central cikli ke mesin ATM.Alamak duit tak keluar ,mata rasa berpinar.Cepat2 buat repot dekat bank berkenaan.Hai..lah cikli. RM 600 tu.

Balik kami naik ETS lagi. Tiket hanya dipetang hari.Jam 4.11 hari Selasa.
Dihantar menantu sampai tempat menunggu. Disini lah keadaan jerebu dan haru.Gate A sebelah KFC.Tingkat 2 semua penumpang ETS berkumpul. Lagi 5,6 minit nak berlepas baru penjaga tiket membuka gate. Apalagi ...berebut2 lah penumpang tak mau ketinggalan. Berhimpit himpit,tolak menolak.

Tak boleh buka pintu awal ke? Cikli bersuara. Lantang suara dia.
Jangan takut kami tak tinggal aih...kata pemeriksa tiket.
Tapi ramai yang tak percaya.

Lepas turun lift....berlari pula ke coach F..nun dihujung sekali.Dekat 60,70 meter juga kami terpaksa harungi.Dengan beg yang dibimbit,disendeng dan dihereti. Semua kena buat sendiri sbb hanya penumpang bertiket saja yang dibenar dikawasan ini. Tak ada la nak bai bai lagi.
Jgn ketawa.... bukan kami saja yang begini...Banyak lagi.Termengah2 sebelum  coach dinaiki.
Coach Baru ETS lengkap dgn surau,tandas dan cafe.
Perjalanan smooth sampai stesen Arau. Tak goyang seperti menuju KL .Dan jam 8.45 dah ada di negeri sendiri.

Nampak gayanya tergugat juga bas dan kapalterbang dgn perkhidmatan ETS ini.Lagi2 yang berumur 60 tahun ke atas tiketnya hanya 42.00 tunai...Tapi nak dapat tiket kena book awai awai...

Ingat ya...nak ke KL ,minta seat south bound
Nak ke Arau minta seat north bound
Nak senang makan minta Coach C
Nak dekat kepala k.api minta Coach F....

Merdu suara pramugari pramugara yg buat pengumuman...
tempat menunggu ARAU

pemandangan menuju KL...


stesen2 dilalui

banyak koc tersadai...utk dilupus kerana dah luput guna
Jom beli satu boleh buat rumah kontena...

kalau tak tulis tentu lupa


Itulah saja pengalaman cikson naik ketapi...
ETS itu hari...
Have a nice weekend folks...

2 comments:

  1. Bestnya kak...semalam saya saja talipon nak tanya pasai tiket...hajat nak lajak ke padang besaq then the next day patah balik ke kl...saja la tanya rega dan time dulu supaya senang berkira-kira...in fact date memang tak dak lagi pon!

    ReplyDelete
  2. Selamat mencuba ETS..
    Senang2 lajak ke Kuala Perlis pekena ikan bakaq.

    ReplyDelete