Friday, October 30, 2015

Bila cikli tonton tv

Haha....aduhai cikli
Serius...makcik kadang2 gelihat bila cikli tengok tv.Kadang2 gelihati bertukar sakit hati dan melarat kepada makan  hati..

Isssh... apa la yang cikson merepek ni.

Hmm...bila cikli tengok tv ,mulut dia tak henti henti beri ulasan selari..
Abah hang ni,nak jadi penonton atau nak jadi pengarah,selalu cikson bantah.Sama sama tonton tv ,sama2lah fahami.Selalunya dia suka menonton siaran langsung perlawanan bola.Entah antara pasukan mana pun cikson tak berapa ambil tahu..
GOL....lepas tu melompat2 macam berada distadium.
  Atau bertempik  HOI  awat sepak macam tuuuuuuu kalau prestasi pasukan disokong merudum
Tendang.Pass bola tu sambil terbatuk batuk.

Cikson dengar tak dengar saja sambil mengetuk keyboard.
Biaq pi la kat dia dgn kesukaannya.
Cikli is usually a homely man.Jarang benar dia nak keluar tak ketahuan.Kadang kadang bila dia pergi berkawal @ berukun tetangga di taman lama. Hah...barulah cikson punya kebebasan pegang remote control tv.

Eh macam macam gelagat no orang tonton tv.
Ada yang mesti guna subtitles walau Bahasa Inggeris makanan setiap hari.
Ada orang tak diam jari dari menekan control tv.
Sekejap prog masak,sekejap nyanyi,sekejap gusti.Entah apa yang dicari.

Program tv yang kita lihat sedikit sebanyak menggambarkan diri sendiri.
Kerana ada prog boleh tingkatkan pengetahuan dan ada prog membuat kita jadi tak ketahuan.

Tapi bila cikli tonton tv....mulut dia tak berhenti henti....beri ulasan selari..Rimaih kami.


2 comments:

  1. Kena beli 2 tv la gamaknya!...hahahhahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya begitulah adanya.Tapi sayang duitla pula.

      Delete