Friday, October 9, 2015

Bagai anak ayam kehilangan ibu..

anak ayam yatim piatu..
Anak ayam yang seekor ini dilahirkan bagai yatim piatu. Hanya dia saja yang menetas melalui proses mengeram artificial yang TS ( Tok Saad) beli.
Sepuloh biji diletakkan dalam incubator ,dia sahaja yang hidup. Tanpa ibu yang mengeram.Kesian dia.Yatim sejak sebelum dilahirkan.


Jadi...dia jadikan siapa saja yang terdekat sebagai ibubapa angkat. Hari itu dia ikut cikli balik rumah.Terkedek kedek kaki kecilnya mengikut cikli dari belakang.Comel sunggoh.
Mungkin kesunyian dia menarik perhatian ninasandaq. Satu hari nina menggonggong si anak ayam sampai RBL.TS yang terlihat kejadian itu mengejar nina hingga ke laman rumah.Hanya selepas digertak baru nina melepaskannya.Entahlah..nina nak ambil dia sebagai angkat angkat atau sebagai dinner utk anak anak dia.
menumpang kasih



Tadi cikson ke rumah TS.Gelihati pun ada lihat sikecik mencicip sambil mengikut Ciklan yang sedang membersih laman rumah.Tak berhenti dia walau sekejap.Mundar mandir dia dengan bersunggoh hati.Bimbang juga andai ciklan terpijak dia yang kecik kedemit itu.



bermanja pada yang sudi

Kesian dia ,tiada ibu ayam yang sudi mengambil dia sebagai anak angkat.Berbeza si kuning, kucing dari kampung sebelah.Sejak dia mula datang lagi,nina telah menunjukkan baikhatinya menerima ning.Sekarang Ning jadi sebahagian dari mereka.TS teringin nak jadikan Ning sebagai anak angkat,namun Ning pula sebaliknya.Ninasandaq dan cikli jadi pilihan dia.

Melihat anak ayam kecik itu,cikson terkenang nasib diri....
Sejak pemergian tt, terasa kehilangan yang sangat besar dalam hidup ini.
Sesal pun ada cikson tak menjaga dia .Tak lama dia bersama keluarga cikson.Walaubagaimanapun,dia selalu kami kunjungi.Dan itu sudah tiada lagi bersama seorang yang cikson boleh meluahkan rasa hati...
Terasa macam anak ayam kehilangan ibu pun ada ...
comelnya...

rupanya...kucing mengambil anak ayam sebagai anak angkat
bukanlah luarbiasa rupanya..



4 comments:

  1. Subhanallah
    Masya Allah
    Kasih sayang itu indah dan luas..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak sihat?
      Kasih sayang sepatutnya begitu. Tak ada border.Tak ada kasta.Kesian anak ayam tu dah tiada. Kerana cuba bermanja,dia jadi korban .

      Delete
  2. Tiba2 terasa nak bela anak ayam .... Comel sgt kan. Tapi bila fikir kucing2 7 ekor kat rumah ni .... Xjadi!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Muhaini,
      Takut dia orang pula yang jadikan anak ayam sumber protin mereka..

      Delete