Friday, October 23, 2015

3 beradik ...3 bisan...3 urusan

Minggu lepas adalah minggu penuh urusan buat anakanak arwah tokton.
3 beradik perempuan bertemu bisan masing masing.
Dari Perlis dan Sungai Petani kami berkampung di Bukit Mahkota...hmm keliru pula wilayah mana tempat ni sebenarnya.Rumah Dr Habibah dan Dr Hamzah mmg luas menampung adik beradik cikson iaitu anak menantu dan cucu tokton.Salute cikson buat mereka yg bertungkus lumus meraikan kami 3 family.
tiga menantu lelaki tokton...yg debab tu la cikson
Lan,Ley and Leh....bersama bakal menantu adik bongsu
Urusan pertama ... adik bongsu suami isteri mengetuai rombongan meminang ke Batu Pahat. Dalam resah kabar cikten dimasukkan ke hospital ,perjalanan diteruskan jua.Mujur cikten dibenarkan balik ke rumah .Barulah lega sedikit debaran hati.
Keluar masuk parit ...Parit Sulong,Parit Yaani dan dua tiga parit lagi sampailah kami ke rumah yg dituju tgh hari itu.Dijamu nasi beriani amboi sedapnya menjilat jari.Rasa nak makan lagi dan lagi.
Urusan berjlan lancar dan cincin disarung tanda terikat satu pertunangan. Alhamdulilah.
rombongan kami di BP.
ceritanya nanti....
Besoknya kami ke rumah bisan adik SP di sekitar Kuala Lumpur...Makan tgh hari dan seterusnya ke Taman Melati bisan cikson.Cikten yg hanya menunggu masa bersalin masih boleh bertegur sapa.Bersendaloka.

Dan besok paginya bergegas pula kami ke Pusrawi bila cikten sudah punya tanda tanda bersalin.Dan by 11.12 lahir cucu pertama ciklicikson.
Dan utk memudahkan urusan melawat ciklicikson bermalam dihotel bersebelah hospital.Ingat cikson berada diluar negara kerana staf yg bertugas semua tak faham bahasa.Dan tak terjumpa pula pekerja dari Malaysia. Eh tertanya tanya cikson....aku kat mana ,aku kat mana?

Sesunggohnya amat kami bersyukur kerana mendapat bisan bisan yang amat disenangi.
Di Batu Pahat,bukan saja kami dijamu,malah bekal dikirim .Bersia,bertaperware juadah.Tak habis dimakan sampai ke sudah.
Di KL,bisan adik ramah sekali.Dijamu makan tgh hari masak sendiri.
Dan cikson sendiri tersangat bertuah atas layanan bisan terhadap anak cikson.Terharu cikson.Semoga Allah saja yang dapat membalas budi baik makder dan keluarga. Faten dan baby dalam jagaan mereka sehingga sihat sedikit utk perjalanan jauh menuju utara.

Hari ini cikson bersiaran dari RBL kembali.Berat hati nak tinggal cikten tapi bimbang pula cikli balik tidak berteman.Jadi naik ETS sekali lagi balik negeri.

Pengalaman naik ETS pun amat mengujakan....nanti senang2 cikson coretkan pengalaman.Agar boleh jadi panduan.....

Dari bilik hotel
Hospital Jantung Negara  seberang jalan saja.
Pengalaman disini amat berharga.
Nanti2 cikson cerita.



No comments:

Post a Comment