Wednesday, September 16, 2015

Sehari sebiji,lama2 jadi kek

gambar googled.
Riuh rendah RBL pagi pagi lagi.Yang paling nyaring tidak lain cikyam cikyam yang membuat sarang diluar tingkap.
Mula mula si hitam datang bertandang.Hujan ke panas ke dia tidak berganjak dari atas para barang antik cikli.Sebiji demi sebiji dia bertelur. Suaranya riuh bila dia sudah mengeluarkan sebiji.Betullah kata orang. Resmi ayam betina...bertelor sebiji riuh sekampung.
Namun kegigihan dia bertelor dan mengeram jarang orang nak peduli.Yang mereka komplen hanya bising mulutnya.
Dah hampir sebulan dia bertenggek mengeram telor telornya.Dia langsung tidak peduli walau air hujan menimpa kepala.Walau terik mentari membahang badan.Dia tetap disitu.Berminggu minggu.
Akhirnya dia tidak lagi kelihatan Mungkin dia tahu tak ada maana lagi dia disitu.Lalu dia berlalu pergi.


gigih dia menahan cuaca
Selepas  dia pergi,tempatnya diganti.Sihitam yang lain datang bertelor. Dan itu memberi rezeki buat ciklicikson suami isteri. Jadilah walau sebiji sehari.Itu rezeki...Sehari sebiji lama2 jadi kek.

Telor ayam kampung ...ayam tokwan Saad bapa cikli.Beri rezeki buat kami.Dan bila berkunjung ke rumah Wan,satu sangkar anak anak ayam comel kelihatan.FIL beli rupanya...
Dan berdetik difikiran...jom bela ayam...









4 comments:

  1. Jom bela ayam, nanti boleh buat rendang.
    Dimakan bersama lemang, nyam nyam nyam.... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ketupat dah tempah.Daging n ayam dah beli.Tapi dok berkira nak masak apa...any idea?

      Delete
  2. Kat taman ni mana boleh bela ayam. Bela kucing pun buat susah jiran jer... Dapat dosa agaknya, adalah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gitulah..Dekat sini bolehlah sekadar ayam sereban dua..tapi jenuh nak basuh porch hari hari.

      Delete