Monday, September 7, 2015

Buat yang terbaik yang boleh ya anak anak 2

Musim periksa dah mai dah.
Bermula dengan UPSR besok,seterusnya PMR ,,,eh dah nama lain kan PTK3.Lepas tu SPM,STPM.

Tahun ni adalah juga anak anak saudara yang menduduki peperiksaan2 ini. Anak anak cikson dah laaaaama dulu ambil ujian 2 ni.

Bagi cikson semua ujian walau ujian bulanan adalah ujian yang penting buat anak anak.Apalagi ujian besar macam UPSR.
Satu hari ada yang menegur cikson kerana tidak mau menghadirkan diri bersama ke satu majlis.
Alah ujian bulanan saja....UPSR saja .Buat apalah dok pulun .Dapat 5A pun bukan boleh jamin kerja....
Tapi tak berapa lama kemudian cikson lihat dia pun ambil berat tentang keputusan peperiksaan anak anak.
googled
Teringat cikson bagaimana cikli jadi guru ABC buat anak yang akan menduduki ujian penempatan kelas .Sampai lewat malam anak yang itu kena drill macam askar. Merambu air mata kena mengeja.Syukur dia ditempatkan dikelas kedua dari enam kelas tahun pertama itu.
Bayangkan kalau dia bermula dengan kelas paling corot .....Tentu berhempas pulas lagilah si ayah .

Coming back to having children taking big exams.....
Sedikit panduan cikson sebagai bekas ibu yang ada anak ambil exam...

Letak ketepi dulu isu isu tentang diri kita.Fokus pada anak.Beri perhatian pada anak itu.Beri motivasi.Tunjukkan yang kita bersama dia.Doakan dia.

Buatlah yang terbaik untuk anak anak.Semoga anak anak boleh berbuat terbaik yang boleh.

googled

Selamat menduduki peperiksaan UPSR 2015 anak anak,

bye....

1 comment:

  1. saya dah tidak mengadap peperiksaan anak tapi memikirkan hari dewasa mereka...

    ReplyDelete