Sunday, September 20, 2015

Bila ....Maklong paklong makan kenuri

Tgh hari tadi lepas lohoq (Dzohor) cikli cikson ke rumah kenduri.Aha...hari ni tak silap lagi.Kenduri kawan cikli tapi kenalan cikson.
Menghadiri kenduri ditengah rembang buat cikson sediki bimbang.Cikli kadang kadang kalau sakit dia tak bagi amaran.Dan sakitnya selalu waktu sebelum makan...
Lepas makan kami tak terus pulang.Ke rumah no 7 kami singgah.Hmm...dekat setahun juga cikson tak pi jengah.Bimbang juga takut dia tenggelam air bah.
Eoooow......eeeeow kami disambut satu suara,
Dicelah celah pelepah paku pakis satu susuk tubuh memanggil2 kami.
SQUIRRELLL!
Dia mengekori cikson hingga ke ruang lobi...lepas tu dia menghilang diri.

Cikson ke dalam rumah dengan berbagi perasaan.
Ada nostalgia ada sedih kerana meninggalkan no.7 berbulan lamanya.
Melihat sofa,almari kerusi meja masih sama.
Begitu juga pinggan mangkuk dan kain baju sealmari dua.

SEDIH tau...lihat rumah yang cikson belai dan jaga .Di rumah inilah kami membesarkan mereka berempat.Rasa macam nak balik pindah ke sana saja.Pasti Pong pula tak suka sbb dia tak dapat berjumpa dengan BFF dia....cikyam cikyam dirumah wan.

Itulah saja cerita ttg ciklickson makan kenduri....
Dan 2 biji bunga telor dibawa balik sebagai bukti...
bunga telor 

2 comments:

  1. Replies
    1. IM,
      Yang hairan tu bila cikli pergi dia perhati saja dari jauh.Hanya bila cikson ada baru dia dekat dkt kami.Mengiau bersunggoh2 hati.Macam nak cakap ...awat mama tinggal kami kat sini.
      Kelamarin terfikir nak bawa balik sama,tapi dia dah hilang entah ke mana.

      Delete