Friday, September 18, 2015

Banjir datang lagi...harap tak besar kali ini.

Tersentap seketika makcik bila telinga menangkap berita di tv pagi ini.Cepat cepat cikson tinggalkan kerja dan pergi menatap tv.
Kedah Perlis banjir.
PM akan membantu kanak2......bla bla bla.

Dan bila berita banjir di Thailand diutarakan cikson jadi tergamam.Terdengar suara jeritan ketakutan mereka yang dilanda banjir tiba tiba. Dalam masa 45 minit katanya akibat hujan 3 jam air menderu laju.Lantas peristiwa beberapa tahun dulu bila utara Kedah tenggelam berputar difikiran.Seram..

Sekarang hati cikson tgh dok dup dap dup dap bila tgk awan tak se ceria dulu.Mendung saja. 2 hari berturut matahari tak kelihatan dan hujan bercurahan.RBL masih ok tapi risau sidia no 7 yang tidak bertuan.Janganlah banjir datang bertandang.Susah nanti.

Perlis dan utara Kedah ni kalau anda belum tahu selalu mendapat tempias kalau hujan dan banjir di seberang sempadan.Katanya terdapat empangan2 disebalik banjaran bukit2 yang menyempadani Malaysia dan Thailand.Andai air empangan disana dilepaskan,empangan disini pun berjangkitan.Ala ketit ketit semut gitu.Aku penuh aku lepas.Dan yang melepas adalah kami penduduk Kangar .....
Semoga dijauhilah semua ini.

Sejak semalam banyak tempat diPerlis digenangi air.Tapi masih ditahap manja manja saja.Semoga langit hari ini terus terang bercahaya.Dan air banjir surut seterusnya.

Antara adegan adegan banjir yang dishare di fb...banjir disini sana.

di jalan

di sungai

di laman rumah

di bendang agaknya....

Bye. Salam Jumaat.

4 comments:

  1. Assalamu'alaikum dan Salam Jumaat Cikgu...

    Itulah, saya pun tengok di berita tentang banjir yang melanda. Tambah pula dengan wabak anjing gila.

    Sesungguhnya kita sedang diuji...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesunggohnya kakcik.Jangan lupa disekeliling kita ramai yg gila.Gila bermacam2 gila.Akibat orang2 gila ni akhirnya semua jadi gila.Gila sunggoh...hehe.

      Delete
  2. kat sini fenomema angin kuat. bumbung porch kereta di rumah saya asyik menggelepar ditiup angin. inilah masaalahnya beli rumah tepi.

    atap rumah blogger Warna Nostalgia kelmarin tercabut ditiup angin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Katanya tropikal cyclone sdg membentuk dkt Philippines.Semoga kita tak terlibat dari angkaranya.
      Sebelah laman rumah sudah 2 btg pokok besar tumbang .Nampak pokok kelapa dok liuk lentuk seram juga .Takut dia pun tumbang sama.

      Delete