Thursday, August 6, 2015

DIY....memutihkan yg putih


Bercalar la kalau lagu tuuu....kata dia bila melihat permukaan meja solek berwarna putih ditonyoh dgn dawai besi.
Memang...nak jaga perabot warna putih memang sat cabaran.Lebih 2 lagi meja solek.Macam macam bertempek.
Di satu hujung,palitan hitam bekas eyeliner pensel aka celak.
Di satu hujung pula bekas gincu.
Debu2 juga buat warna putih menjadi kusam.
Sayang.
perabot putih,nak jaga memang letih..


Hm..kalau kain dah letak clorox.
Tapi ini permukaan kayu.Apa maunya.

Satu pagi dia mendapat ilham.Di bilik air tiub ubat gigi dia capai.
Permukaan meja dia gosok dgn tisu dapur dan ubat gigi.
Walla....keluar rupanya kekotoran dan calitan yang melekat.

Harini cikson jumpa satu Life hack.Memutihkan permukaan kayu bercat putih jamgan diguna penggosok periuk.
Ubat gigi dah cukup.
tisu dan ubat gigi 
Nah.... inilah ubat gigi yang cikson guna.
DARLIE...All Shiny 14 days whitening.



secalit sudah mencukupi
Brand lain cikson tak tahu samada berkesan atau tidaknya.
Selamat mencuba.

Harini hujan turun dgn lebatnya
Baca fb...flaperon sahih MH370 akhirnya.
Buka CNN....lain pula katanya

6 comments:

  1. Salam Kak,

    Saya antara silend reader blog ni, mesti baca blog akak setiap pagi semasa sarapan di ofis...suka cerita yg akak tulis terutama mengenai kucing sebab saya pun sayang kucing. Teruskan menulis ye :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yati,
      TQ sangat atas kesudian membaca blog entah apa apa ni..

      Delete
  2. Assalam kak, tq sharing info ni...saya pun ada almari kaler putih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Intan,
      Haritu makcik sental meja tepi katil pula yg penuh dgn bintik2 habuk.Good as new balik.

      Delete
  3. Hello Kak, betul tu white beds betul lecheh to keep clean...saya suka hijau atau biru.
    Re tu cherita MAS 370, CNN ta guna, semua Sharikat America. Best Kak buka BBC....
    Best regards,
    Lee (dari Canada)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lee,
      lama no tak dengar cerita.TQ sudi dtg jenguk makcik punya blog.
      Cikson suka tgk semua channel yg ada.Sampai yg dari Hong Kong pun.Tapi BBC mmg bagus.CNN ni macam banyak provoke kan...

      Delete