Monday, June 15, 2015

Selamat kembali ke sekolah ,anak anak

Deruman kereta dihening pagi dan deretan anak anak beruniform melintasi rumah memberi satu makna bagi cikson.
Hari sekolah kembali semula.Dah habis cuti sekolah lah tu...

Mengimbau kembali suka duka masa membesarkan 1 sonny and 3 bonnies years back.How life was  hectic ,chaotic ,dramatic sometimes...
It was uncommon for the ordinary mayhem turned rough.Shouting .crying ,nagging and what not painted the early morning routines...
It was all in the past.Now the children were leading a life of their own.No mommy to wake them up.No mommy to nag them or to budge them to do better and better.

Anak anak sekolah sekelian....as if they were keen to read my blog.
Pesan cikson....
Masa sekolah tumpukan sepenuh tumpuan pada pelajaran.Yang lain lain biarkan dahulu disampingan.Nak berpacaran,berpeleseran bukan masa yang sesuai.
Semasa mengajar,cikson berpeluang mengajar anak anak berbagai bangsa.Dan cikson selalu menyuruh anak anak Melayu menyerap semangat dan kegigihan anak anak Cina memberi tumpuan dalam pelajaran.Rutin kehidupan dan pemakanan mereka juga cikson korek dan cuba terapkan dalam anak anak kita.
Kebiasaan anak anak Cina membawa bekas minuman air kosong kesekolah berbanding anak anak anak kita yang kalau bawa bekal pun penuh warna warni.Ada orange,ada milo,ada kopi.Silap silap belum rehat dah basi...
Jadi cikson minta semua anak anak bawa minuman air kosong.Letak dekat mereka.Kalau rasa layu ,teguk saja air tanpa minta izin cikson..
You can drink in my class..but it must be plain water..ha ada syarat pula.
Masa tengah mengajar kalau lihat anak anak tak bermaya,cikson suruh semua minum serentak...
Bayangkan kamu pokok sawi lesu .Cuba siram pokok tu...
Bila kamu minum air kosong kamu menyiram organ2 kamu yg lesu seperti sawi yang layu.

Moga moga anak anak didik cikson masih teruskan budaya minum air kosong dan terapkan dalam diri anak anak sendiri pula..
Kadang kadang perkara perkara remeh begini pun perlu diterapkan supaya menjadi habit .

Pada guru guru...peranan kita bukan hanya mengimpart knowledge.....
Bawalah ,pesanlah ,semailah kebaikan dalam apa segi ..mudah mudahan usaha murni kita diberkati.Anak anak didik kita berjaya dalam kehidupan mereka..

Selamat kembali ke sekolah anak anak...





3 comments:

  1. dibulan puasa nanti..ramai yg letih lesu dalam kelas..

    ReplyDelete
  2. Anak-anak kakak mungkin sebab dari baby dah biasa minum air masak jadi pergi sekolah pun dia memang bawa air masak. Cuma botol dia aje yg berwarna sebeb tupperware sekarang kan keluar macam-macam color yg menarik dipandang mata.

    ReplyDelete
  3. Tak lama lagi puasa.. dak Kakak ok.. dak Adik jelah nanti.. eemm..

    ReplyDelete