Wednesday, June 17, 2015

Kaya Buluh Kasap...

Tgh hari tu cikli balik.Ada sampul putih ditangan.
Berkerut dia membaca tulisan di envelope.
Eh...tu syarikat yg kita masuk pertandingan tempoh hari..
Pertandingan yang suruh kita campur tarikh lahir dan jumlah dia jadi 150000.
Pertandingan yang disiarkan melalui akhbar bacaan harian Wan.

Envelope dibuka dengan debar didada.
Hoooi....makcik pemenang hadiah UTAMA!
Seratus lima puluh ribu ringgit wei jumlah hadaihnya.
Makcik Kaya!!!!.
Berpelukan makcikpakcik tua dan Syukur Alhamdulilah dipanjatkan dengan rezeki yang tak disangka 2.
Mulalah berangan membedak wang ganjaran.
50 utk you,50 utk I dan 50 utk anak anak.

Selepas habis initial shock,cikson tersentap ...
Lebih2 lagi setelah baca flyers berkali kali.
Read between the lines...
Oh la weh...Dia punya syarat kena beli barang dalam tempo 10 hari .Dan tarikh tempoh tu berakhir pada hari surat diterima.Itu syarat yang kalau baca sekali lalu tentu tak bertemu.By the time kita hantar borang syarat layak terima hadiah mmg dah lupus.

Hmm...seperti biasa cikson pun bertanya pada makcik bijak bistari.
Who else kalau bukan makcik gooooogle.
Dan di alam maya cikson bersua satu blog di nusantara
Nama syarikat sama dan modus operandi pun tak ada beza.
Banyaklah komen komen yg bercerita
Ttg mereka yang terpedaya....

Pagi tadi cikli talipon nombor tertera
Suara ala ala wanita dari benua India menjawabnya.
Bila ditanya...baru soheh ceritanya.
Pemenang hadiah utama tu hanyalah angan angan belaka
Walau ayat ayat macam betul betul waang tu kita punya.

Kena beli barang rupanya...
Dan teringat cikson akan satu kompeni yang seakan sama juga modua operandi mereka..
Punyalah harapan kita dibelai belai.Last last hampas belaka.

Hai macam macam la ni no.
So bila dapat berita ,tanya google dulu ya.






2 comments:

  1. Penipuan di mana-mana sekarang ni Cikson.
    Lagi-lagi through online entah apa-apa kadang boleh buat kita senyum tapi utk seketika macam kes inilah.

    Selamat menjalankan ibadah di bulan Ramadhan dari kakak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kakzakie,
      Kalau tak berhati hati,alamat terkena kita.
      Selamat menjalani Ramadan yg berbaki...semoga yg terbaik jadi rezeki.

      Delete