Sunday, May 3, 2015

Sekali seperistiwa...makan ikan bakar di Kuala waktu cuti,sabar kena tinggi ( updated)

Selepas magrib,ciklicikson bersama anak ke Kuala Perlis sekali lagi.Kali ini cikina pula teringin nak menjamu selera.Ikan bakar Kuala.Memasuki simpang ke jeti,kereta dah beratur panjang.Semua tempat yang boleh di letak kereta,penuh kereta.Dua tiga kali pusing,kami putus asa menjamu diKoma.
Jom pi Arip saja...cikson bersuara.
Ke Arip kami tuju tapi nampak keadaan yang sebu kami pusing sekali lagi ke Kuala.
Niat nak berhenti disebuah kedai seberang pantai .Tapi menunggi giliran ke 15 meja buat kami ubah fikiran....
Dan akhir sekali kami tiba disebuah gerai yang menjual makanan beraneka.Ada puyuh goreng,puyuh bakar.Ada cendawan bakar,keropok goreng dan entah bermacam yang lain.
Tengok jam dah 8.50 bila order kami diambil.
Mari kita buat countdown lama mana kita menunggu

meja kami disebelah....ais kacang mai dah

Jam 9.45 baru ikan bakar sampai ke meja.
Makanlah kami tiga beranak tanpa bersuara .
Boleh tahan juga gerai ini yang pertama kali kami kunjungi.Nama kedai tak diketahui.
Dan untuk 3 orang makan:
4 pinggan nasi
1 ekor ikan gerut dibakar
sepinggan sotong masak cili
Sepinggan sotong goreng tepung....serta sayur ,ulam dan sambal
Juga semangkuk abc beraisskrim macam ini:
teringin la tu...haaaaip

79 ringgit harganya tanpa charge service charge dan GST.

Makanan boleh tahan walau kedai nampak suram.
Hari2 biasa pengunjung tak ramai.Tapi malam ini ramai pengunjung hingga tauke tak menang tangan.
Melihat seorang pakcik yang kalut dan penuh stamina berjalan kesini kesana buat aku teringat akan ayahanda yang dah lama tiada.
Kalut...sekejap membersih meja,sekejap membetul kerusi,Sekejap menyambut tetamu...
Tahniah pakcik...begitulah kalau sibuk Taukeh kena jengok2.Bukan berpeluk tubuh.

Dua hari sebelumnya sisonny bonny belanja abah dan mama.Di MonadiKoma kami dijamu ini:
ikan ni di mona

begitu juga sotong ini

dan yg lain diatas meja...
Dengan harga yang begini......................RM 70.00 tepat.

Jam 12.00 baru kami sampai kerumah...
Selamat malam...

Seminggu lagi seorang anak lagi akan kembali.Tentu Kuala kami kunjungi....dah pasti.

2 comments:

  1. Saya makan untuk 3 orang pun semua hampir RM30. So, bukan salah ibu mengndung...

    ReplyDelete
    Replies
    1. IM,
      murahnya kat Penang...sini harga macam tu lah kalau musim cuti.Cekik lagi boleh cekik.

      Delete