Friday, May 1, 2015

Kata mereka....kata saya.Kebenaran



Propaganda menjengkilkan
Saya berpihak kepada kebenaran...tak kira siapa yang memberi tahu
Saya berpihak kepada keadilan...tak kira ia utk siapa atau menentang siapa
Saya seorang insan dan oleh itu saya bersama mereka dan apa yang memberi kebaikan kepada kemanusiaan sejagat.
( Malcolm X)

Kata saya....
Bila kita buka mata dan buka minda...
Propaganda yang disua dimuka kita,rasa tak larat nak diterima
Jemu membuak didada

Sebagai manusia...saya bersama kebenaran ,tak kira siapa yang memberitahu.
Walau mungkin seorang tua yang kita kira nyanyuk mungkin tentu
Atau anak muda yang hingus masih meleleh ke dagu
Atau tukang kebun yang hanya tahu tentang rumput dan bunga dan kayu.

Mata melihat,minda menangkap
Kisah seribu satu malam yang mencuit dan menyentap
Kisah kemewahan melimpah ruah sementara disini membilang syiling

Masaklah sendiri
Duduklah dibulan
Menabunglah
Harga barang turun...

Happy Labour Day
Lebuhraya penuh kerana cuti sambung bersambung
Disana sini orang kunjung mengunjung

Mona diKoma masih ada yang bertandang
 walau harga sedikit melambung...
3 orang makan ...70 ringgit melayang
Ron 95...naik 20 sen walau harga minyak dunia turun..
Eh eh tak jadi naik rupanya...kata depa.Mujuq ada pilihanraya.

Anak simarhaen
Rebut bas diPudu
Utk pulang ke rumah bapa dan ibu
Dan siibu tua pun menunggu....






No comments:

Post a Comment