Saturday, May 2, 2015

Basnya di mana?...sekejap di sini,sekejap di sana

Bas katanya bertolak jam 11.00
Pukul 12.00 bas belum nampak rupa...hai takkan pisang berbuah dua kali.....

Ini pula peristiwa berlaku malam sebelumnya.Anak kedua punya cerita ditengah tengah malam di Pudu Raya
 Siapa yg memegang tiket ke Kangar,Alor Setar dgn syarikat XYZ jam 11.45 diminta ke Dataran Merdeka .Bas tidak masuk ke Pudu....
 Begitulah pengumuman antara riuh rendah suasana semalam.Maka berbondong bondonglah penumpang bas itu berjalan kaki menuju Dataran.Di Dataran Merdeka mereka menunggu lagi hingga darah pun meninggi.Yang mengendali penumpang berlagak ranggi.Lagak samseng kampung dusun bila ditanya lebih lanjut lagi. Tentang bas yang tak nampak batang hidung.Malu pada Matsaleh yg ada kiranya begitulah caranya mereka berurusan.Asyik do f..you kat orang.

Tunggu dan terus menunggu.

Dan mereka diminta eh dikerah berjalan lagi didalam dingin pagi.Tua muda,yang gagah dan yang goyah disuruh meranduk dingin malam ke satu destinasi lagi.Barulah mereka mendapat hak mereka yang dijanjikan.Bas bertolak jam 2.00 pagi .
Itulah suasana anak ibu tunggu bas di Pudu nak balik kampung hari tu....
Lega hati ibutua bila anak telah selamat bertolak.
Pagi pagi...si ibu menalipon..tiada respon.
Jam 8.00 dapat berita bas berada di Parit Buntar. Baru Parit Buntar!
Tunggu punya tunggu punya tunggu jam 1.30 baru sampai distesyen Kangar.
Jam 2.00 baru sanpai RBL.

11.00 malam patut bertolak bertolak...2 petang esoknya baru sampai.
Hmmm berapa jam ya.Jom kira...
14 jam !
Fourteen long hours from KL to Kangar.

Malam ini giliran sisonny bonny pula berkelana ke KL dengan Trans.Hingga jam 12.30 masih terkandas di stesen bas Kangar.Jam 1.30 baru abahnya balik dan memberitahu anak telah berada dalam bas.
Sehingga kini status sampai ke belum belum diketahui...9.00 pagi 2/5/2015.

Itulah yang terjadi apabila rakyat Malaysia bercuti.Lebuhraya jadi tepu.Kelancaran perjalanan jadi terganggu.
Kalaulah ada jet peribadi...
Taklah tertanya tanya...Basnya dimana?

Si sonny bonny selamat sampai jam 9.00 pagi.
Esok si dotty entah berapa jam pula dalam perjalanan....balik KL selepas cuti panjang.



2 comments:

  1. untungnya saya tinggal di utara. bila balik kampung di ipoh, jarang alami jem yang teruk macam adik saya yang tingga di shah alam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tuah badan...
      Bila tengok anak2 bersusah payah harung jem berjam2 balik ziarah kita,rasa sangat dihargai.Tak ternilai .Money cant buy..

      Delete