Saturday, May 9, 2015

Asam pedas seperiuk,sambal macamg semangkuk,hari ni awat tak kiuk....

Pagi pagi lagi cikli segak menyarungkan t-shirt warna warni yg tak pernah cikson nampak.
Lawa baju..sapa cikson.
Baju kawasan....meaning baju pertubuhan yg dia ceburi.
Ada sukan ...dan dia berlalu pergi..

Cikli walau sakit sana sini masih cergas join persatuan,jadi setiausaha,buat rondaan malam 2 buta atas nama rukun tetangga.Tak duduk diam dia ada saja aktivitinya.Cikson bebel juga sbb bukan tak suka tapi kerana kesihatannya.Kalau jadi apa apa haaaaaa...sapa nak kena.Cikson juga.
Meronda rukun tetangga tu tak ada ke yang muda muda..
Dok pi angkat kerusi meja,penaik khemah tu kuat ke tenaga..

Ehhh..melalut pula cikson pagi Sabtu ni macam tak ada kerja.

Semalam..ie kelmarin cikson masak asam pedas seperiuk.Ikan kerisi bersama kecang bendi.Siap masak semangkuk ke rumah mertua cikson beri.Buat tambah hidangan dimeja .
Selain itu...semangkuk sambal macang cikson tumbuk.
Pekena dengan nasi panas .....berpinggan kuah dihirup.

Hari ni terasa nak kiuk...
Nafas rasa semput.
Mak mertua dah bagitau..sambal macang jangan dimakan .
Boleh semput pernafasan.
Betul...tak salah dia punya telahan.
Hari ini cikson rasa nak buat kerja rumah pun jadi perlahan
Kerana nafas macam tersekat sekat...akibat sambal macang.

Hah...ada sebiji lagi
Baunya semerbak mewangi segenap negeri.
Dilaman jiran buah2 bergayutan...macam memerli.
Makan lah...makanlah kami lagi...hihihihi.

4 comments:

  1. saya pun, kalau tak kerana bimbang ibu_suri membebel tahap tinggi di rumah, akan selalu join aktiviti pertubuhan atau maasjid.

    rasa malu lihat orang lain hempas pulas buat kerja-kerja masyarakat, kita pulak goyang kaki dan tangan di rumah jer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. IM,
      Rasanya apa yang IM buat adalah lebih mulia....memberi perhatian pada ibusuri yg cikson rasa tak ramai yg berupaya buat seperti IM.Mulia sunggoh.

      Delete
  2. Sambal macang
    Cikgu macang tu buah bacang kan?
    Saya lebih biasa menggunakan buah kuini dari bacang sbb dulu arwah mak tanam sampai 4 pokok keliling rumah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terbiasa dgn buah macang sampai kadang2 buah kuinin pun cikson anggap macang.Dulu masa kat JPL buah macang banyak Jenuh makan.
      Wah... 4 pokok dah boleh buat business jual buah kuini .Boleh kaya.

      Delete