Friday, April 3, 2015

takdir dan suratan juga nasib badan

Pukul 10 dia masih di ofis.Masih menyiapkan tugasan tugasan yang dilambakkan kepadanya.Mana dia nak bereskan kerja hakiki ,dia juga terpaksa memberesi kerja teman sepejabat yg bercuti...aduhai.Mau saja aku terbang ke sana dan tolong bereskan kerjanya.

Terimbau cikson masa masa sibuk dipejabat.Sekali cikson bekerja terus menerus setengah bulan tanpa cuti mingguan.Melayang rasa badan.Sibuk bila sekolah mengadakan aktiviti.Jadi tuan rumah pertandingan atau ada lawatan lebih lebih lagi lawatan VVIP rutin harian jadi tunggang langgang.
Makan minum pun dah tak pandang.
 Masa jadi guru biasa dan penolong kanan tekanan ada tapi tak sangat menjerat rasa.Apa apa GB lah kena sedia jawapannya.Haha...bila duduk kerusi pentadbir aka GB baru tau apa tu penyakitnya ketua segala ketua disekolah...menjawab dik.
Bukan saja hal murid,staff bergaduh, berskandal juga keputusan merudum,,,,setiap titek bengek kena diselesaikan.Tak boleh tutup mata buat tak nampak saja.

Kalau murid bergaduh,guru mencubit sikit2 tu bolehlah diselesaikan.Mau melarat sampai ke ibubapa,kementerian,newspaper pening kepala nak berdepan.
Skandal yg berlaku antara kakitangan pun terpaksa di depani kalau dah menjolok mata...eeeee...tak boleh biaq saja...nanti melarat lagi naya.

Kesian kawan yang terpaksa menjawab orang kementerian bila ada parent menimbulkan masaalah ttg lagu sekolah..Lagu dah sejak abad berabad dinyanyikan semasa perhimpunan jadi masaalah .
Kawan seorang yang lain berdepan dgn ibubapa yg baran.Sikit sikit complain.sikit2 complain.Juga staf yang macam2 kerenah.Terlalu bertegas pun tak boleh juga.Kenalah buat seperti menarik rambut dalam tepung.Rambut tak putus tepung tak berselerak...tapi kalau nak senang humban saja tepung dalam tong sampah...

Takdir menentukan anak anak cikson semua menjadi perantau ditengah kota jauh dari kampung halaman dan sokongan saudara mara.Dan ada sajalah masaalah yang mereka hadapi dalam menjalani kehidupan mencabar ini.


Dan aku hanya boleh meminta mereka bersabar  bila hidup mereka tercabar.

Kalaulah bapa kamu kaya raya...hidup kamu tentu tak susah.
Tak kerja pun tentu kamu boleh hidup mewah...tak perlu berpayah payah.Tentu tak ada resah gelisah.

Dah takdir,dah suratan.Juga nasib badan.What to say man....
Nak nangis..nangislah
Nak jerit jeritlah
Tapi ..jangan mengalah

Gagal dan berbuat salah bisa saja
 menjadi kejayaan hanya kalau kita belajar darinya.

Terlampau memikir adalah satu penyebab kedukaan


2 comments:

  1. Kalau jadi anak Perdana Menteri, segala gerak geri pasti diperhati...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul juga kan kakcik....tak bebas nak kemana2..

      Delete