Tuesday, April 28, 2015

Masa yang berbaki...thru the hazel eyes of pong

Selamat Hari Lahir Mamason.
Eh..yang ke berapa tu ? tanya mamanina sandaq
Kalau diterbalikkan baru 36....muda lagi mamason berseloroh.
Tapi kan 63 ke,36 ke bezanya hanya nombor .
Hari tu mamason terkejut mendapat berita kawan,merangkap anak buah semasa di SKTTB & kawan sekerja di SKRPB meninggal dunia dalam tidurnya.Bergegas dia mengunjung jenazah .Sekujur tubuh yang kaku terbaring di perbaringanan.Baru 36 tahun .Meninggalkan dua cahayamata yang masih mengutuhkan kasih sayang seorang ibu .Tersentuh hati mamason kerana mereka pernah mama ajar.

Sehari dua ini berita breaking news ialah ttg gerakgempa di Nepal. 4,000 lebih angka korbannya mengikut berita mutakhir.Melihat pada video di tv dan internet..dahsyat sunggoh .Menyeramkan.Melihat gegaran dan avalanche yang meranapkan rumah serta mengorbankan nyawa itu kita di Malaysia harus bersyukur.

Di Indonesia pula sibuk ttg hukuman mati mereka yg terlibat dadah.Di Amerika pula angin kencang sampai keretapi pun boleh keluar landasan dan 11 kereta melayang dari jambatan....oooo.

Teringat pong...2 kali pog kena eksiden tapi syukur umur masih panjang.Kaki pong juga dah boleh masuk lumba lari.Anak anak mama ninasandaq yang lain semua mati dulu walau mereka sihat 2 dan comel.

Petang tadi mamason terima sejambak bunga....berbunga bunga hati dia.Yang lucunya dia tak mahu beritahu alamatnya kepada courier yang talipon..takut konon.Manalah tahu ada orang nak buat apa apa kan.Tu la banyak sangat tengok CSI..
Sekarang bunga tu ada dalam bilik....biar dia mewangi disitu..

wongi..


Happy bday mamason.Love you.Muaaah.

From pong 
with love.

No comments:

Post a Comment