Saturday, March 14, 2015

Serengeti di laman kami 2

Jam 5 cikson dah terjaga.
And by 6 after subuh ,aku menjenguk keluar.
Hari masih gelap.Nampak berbalam balam.Switched on the lights and could see clearly.
subur dia di pagi hari.Kalau boleh makan ,tentu jadi rezeki.
Huh...awalnya depa.
Ms ninasandaq and her children were already at the door.
Pagi lagilah nina bila dia minta makan.
Si Pong ada di tempat membakar sampah.
Awai memerut!
Lepas tu cikson lihat dia terhendap hendap.
Ooh ada pakcik ayam sebelah pagar.
Jangan kacau dia !Makcik berpesan.
Si kecik anak siLuna pun ada.Segak dia dengan loceng dileher.Sibuk dia berkejaran dengan pong the little.Panjat sana Panjat sini.Without a care.
Di sebelah pagar ayam ayam direban bersahut sahutan
Kok kook  kok koooook....

Buah mempelam yang berbunga dah berputik.Dah dipakaikan sarung pun mereka.
Pokok tinggi berbuah orange tu pokok pinang.Sebelahnya pokok kereyang...ke keriang.Bukan keriang dot.Teringat zaman JPL.Ada orang tebang dahan adalah kami .Siap dengan besen dan timba.Berlumba2 mengutip rezeki yang bertimpa timpa.Buah ni dipetik samaada dipotong dahan atau digoyang goyang.Balik rumah siap digaram dan digula.Bila ketawa nampaklah gusi yg dah berwarna jingga...eh purple kot warna nya.
nampak macam berputik pokok keriang
Pokok kabu dilaman jiran juga lebat berbuah.Bergantungan.Cantik di pandang.

Hari ni tak dengar pula burung yang selalu berbunyi aaakk akkk aaakkk.
Dan makcik sebelah pun tak kelihatan.Agaknya ke rumah anak buat lawatan.Kalau tidak selalulah mereka bersahut sahutan.Menggelikan.

Hmm menghuni RBL cikson adakala rasa macam bisu sesunggohnya.Hanya keletah anak anak kaki 4 saja yang menghiburkan.
Cuti sekolah kan hari ni....cikli bertanya.
Ya...ada apa paknya.cikson bertanya.

Dulu dulu....masa masa ini berjalanlah kami .Tapi sekarang bukan zaman itu lagi.Badan sakit duit pun tak mencukupi.Duduklah sengap sengap dua lakibini...hehe.

footnote....seminggu lagi riuhlah RBL ni.Anak2 KL/Pahang kembali.


tengok tu berlemoih nya dia.




4 comments:

  1. Lama tak dengaq kereyang dot!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan tak dengaq tapi lama juga tak kelih...

      Delete
  2. sedapnya keriang dot...cicah dgn grm belacan pun ok kak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. IM,
      Tu ka...eh kalau dapat tentu sedap.

      Delete