Monday, March 30, 2015

bila melihat mereka berlalu,terimbau kenangan itu....

Setiap kali terlihat mereka melintas dihadapan rumah,tidak boleh tidak hati tercuit juga.Lihat anak anak yang nampak carefree ,bergurau senda sambil mengatur langkah hati terasa dibawa menjenguk sejarah hidup semasa seusia mereka.Mereka yang berpakaian seragam putih dan kain sarung biru selalu cikson nampak ketika awal pagi dan lewat petang.Di awal pagi derap langkah laju menderu...mungkin masa suntuk sebelum dicekup pengawas kerana lewat.Masa baliknya nampak mereka berjalan santai sambil melawak sesama mereka.Senda gurau mereka nampak bersahaja....

Berpuluh tahun dahulu ...

Seawal subuh,susuk tubuh anak gadis kurus keding sudah mandi ditelaga yang airnya....ais sejuknya.Timba di labuh kedalam telaga yang 4,5 meter dalamnya.Susah payah dia menaikkan timba berisi air dari telaga yang kalau musim kering,tinggal sisa sisa air sahaja.Adakala dia bergaduh dengan kakaknya berebut timba ...dan antara mereka bergaduh jadi rutin harian.
Selepas bersiap dalam balam balam pagi dia kena mengatur langkah.Bermula dari rumah kayu bertiang  langkahnya terpaksa menyelusuri rumah rumah kaum China.Bermula dengan rumah china tepi deretan tandas ,melepasi China kerang,china ko tiau,china tauke kedai runcit.Selepas itu dia terpaksa merentasi jalan kampung disepanjang kebun sayur jiran jiran Chinanya.Ada masa dia bertembung dengan apek yang mengandar sisa kumbahan ternakan atau isi rumah utk dijadikan baja. Baunya ....harum mewangi semerbak menusuk hidung.

Langkahnya disambung menaiki 'gon' melepasi panggung wayang,gereja,tokong China ke stesen bas Kulim.Menunggu bas dengan kawan kawan .Malah berebut bas dengan mereka.Siapa kuat dia dapat.Adakala dia terlepas bas dan bersama kawan menapak berkilometre ke sekolah.Sampai disekolah tentulah cikgu marah....
Semasa balik...bas kena tunggu didepan sekolah atau berjalan sekilometer ke Kilang Lama supaya peluang naik bas lebih baik...

Tiada kenderaan ibubapa datang menjemput.Kalau panas panaslah.Kalau hujan basahlah....
Tapi zaman itu ,memang macam itu.Namun tiada lah sangat ibubapa risau sbb orang jahat tak ramai sangat macam sekarang.

Kesusahan yang aku lalui dulu buat aku kuat menempuhi susah hidup masa berumahtangga,bekerjaya dan mungkin juga masa tua....Aku jadi orang yang tak suka bermanja,tak suka berminta minta.Susah payah tak suka dijaja.Hingga ada yang ingat jalan hidup aku penuh suka....

Anak anak yang berjalan kaki ke sekolah...usah gaduh usah resah
Hidup bermula dengan melangkah .Belajar rajin2.Insha Allah kejayaan akan kamu raih akan datang.Langkah kamu ke sekolah telah dilalui oleh seorang makcik yang tinggal dirumah kelabu yang kamu lintasi...









4 comments:

  1. Indahnya bila mengimbau kenangan lalu..
    Alhamdulillah... Keadaan hidup skrg jauh berubah. Tp jenayah lg kejam dari dahulu dan makin banyak.
    Rata2 ibubapa skrg tak lepaskan anak2 berjln kaki jauh2 ke sekolah. Ikut hati mahu beri mereka merasai keindahan bergurau sesama teman ke sekolah tp bahaya yg menanti tak terjangka.
    Kesan pembangunan dgn membenarkan pendatang asing turut sama berada disini....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zaman berubah.Banyak betul perbezaan dulu dan sekarang.

      Delete
  2. Assalamu'alaikum Cikgu...

    saya juga merasai pengalaman berhujan berpanas demi untuk menimba ilmu. Kalau dapat mengayuh basikal ke sekolah (rendah) pun sudah main bangga rasanya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mualaikumsalam kakcik,
      Saya mula naik basikal masa start mengajar.Ketepi ketengah bawa basikal ke sekolah..Zaman pembesaran ..dapat makan dan pakai lebih kurang pun dah seronok bukan main.

      Delete