Thursday, December 18, 2014

KMPh... cerita sukaduka

Hujan seharian.Matahari langsung sembunyi diri.Sana sini berita ttg banjir dan kawasan ditenggelami aku dengar.Dan kalau dari berita dan newsfeed serta fb kolej ini macam terkepung.Harap harap itu hanya gangguan sementara .Air melintas jalan sahaja.

Tapi berita yang ku dengar petang tadi buat nafasku terhenti seketika.Seorang dari rakan sekerja anak telah meninggal dunia akibat kemalangan jalanraya.Masa balik kerja.
Inna Lillah hi wainna Ilaihi rojiun.Semoga keluarga tabah menghadapi ujian ini.Alfatihah.

Semalam semasa keluar ke UTC,aku rasa cemas bila berseliseh dgn lori lori .Minta anak memandu dgn berhati hati.Jgn dilayan gadget yang bergendang.And you know what? Anakmuda bukan macam kita.Buat kerja satu satu dlm semasa.Dan semua tu buat aku cemas sentiasa.

Suara anak anak muda riuh rendah bermain dibawah...hujan dah berhenti mencurah.

KMPh aku disini.Berkongsi suka duka cerita kamu.

Posting ini ku garap semalam ketika hujan sekejap berhenti sekejap mencurah .Pagi ini kami bagai kawah.Di kejauhan nampak cerah.Tapi disini awan pekat hitam bagai nak luruh....

2 comments:

  1. Pagi ini di Kuching ini nampak cerah tapi ada awan yang kelihatan kelam...mungkin sepeti petang semalam, hujan akan turun lagi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nampaknya seluruh M'sia cuaca kelam.Sejuk dan 3 hari tak nampak matahari.

      Delete