Thursday, December 18, 2014

DIY...what we did for 30/11

bunga dari crepe paper...
Dalam debar dok kalut nak banjir sebelum tarikh 30/11,makcik sempat mengDIYkan beberapa benda utk majlis itu.
Majlis kahwin anakanda makcik sedaya upaya DIYkan supaya boleh potong belanja.
Antaranya.....
Sarung kerusi plastik utk akad nikah tak makcik tempah.Google pattern dan akhirnya tersiaplah 8 sahaja buat meja utama.Tapi bila majlis tak pun guna.Sbb at the last moment khemah,meja,kerusi makcik sewa.Tapi tak apa.Masa majlis raya kita boleh guna.



dalam proses mencari ilham....... 

Itulah hasilan semasa sdg berkarya.Jenuh kelim sini sana.Sat lagi tetas sat lagi jahit.Silap silap mata boleh naik ketumbit.


Hantaran......makcik dan anak anak jenuh pikiaq warna,tema apa semua.Last last kakakolin hasilkan hantaran buat adiknya ...sweet and simple saja.
antara bunga yang diguna.Gambar hantaran tak ada dalam camera.


Bilik pengantin......kalau kosong tak nama bilik pengantinlah namanya.So makcik keluarkan kain berela ela dalam simpanan.Hantar tailor bayar 600 jadilah dia.Yang mahal tu kayu nya.Tapikan kalau ada masa dan mesin baik budi bahasa,mau cikson jaga malam buat sendiri saja.

Goodie bags pun sentuhan kreatif anak beranak.Siap gantung coklat .Tapi bahagian ini rasanya boleh di pertingkatkan lagi .


Candy corner .....ini makcik punya rasa.Biar anak anak kecil rasa seronok dapat jajan dan gula gula.Pagi pagi safie cikson dan kakak kedewan setupkan meja.Tergopoh gapahlah kami dalam masa yang terhad.Mujur semua bahan dan cara set up dah difikirkan. Sweet and simple saja.

Aduyai....kata Johan.Cerita saja tanpa gambar.Tentu hambar.
Next time maybe....gambar gambar cikson cari buat penyeri.
Apalah yang cikson fikir.....gambar tidak pula diabadikan utk kenangan sendiri.

No comments:

Post a Comment