Thursday, October 16, 2014

Enter makcik clumsy .



Menyorong trolley menuju kereta,ciklicikson singgah sebentar ke kedai DIY.Cikli masuk mencari apa apa yang boleh diguna utk mengikat bumper ciktam yang terbarai.Satu hal pula .Mujuq dia buat perangai masa kami elok elok parking kat Tesco Stargate.Buatnya dia luruh masa kat highway tak tau apa nak kata.Lagi naya.

Menunggu cikli di dalam kedai cikson tertarik lihat sudut pameran  di sisi kaunter.Sambil mata melirik trolley penuh belian agar tidak disambar bajingan,cikson belek dan kelebek anak anak patung yg dipamer.Konon nak tahu bahan yg diguna.Tiba tiba......
Kedebum....pasu kayu menyembah bumi.Dan macam house of cards 2 pasu lagi serta buluh yg dijadi pagar turut tumbang.
Walaweiiii.....didepan mata cikson semua tumbang serentak!
Aduh....apa yang aku dah bikin....
Mata cikson bertembung dgn seorang lagi pelanggan.
Akak....biaq pi lah kat situ.Buat tak tau sudah...dia memberi saranan bila dia lihat cikson terkial kial nak menegakkan pasu pasu kayu dan arca arca tu.

So bila dah disentuh satu gugur dua,cikson tinggalkan saja tempat itu.Buat poyo.Buat donno.
Cikson ke belakang kedai cari kertas crepe dan terjumpa ready made pattern bunga bunga tissue paper.Selepas sambar 3,4 contoh cikson bergegas kedepan sambil mata mengerling trolley .

Tau...mmg cikson betul betul clumsy. Hujung kain pula melibas bakul bakul kertas hingga mengelongsor dari paranya.
Adoi.....cikson tunduk dan kutip balik bakul bakul dah senget.Dan bila nak letak balik ,dia dah tak mahu letak dgn kemas.
Beware...you are on CCTV....gitulah bunyi satu notis didinding.Sudah.
Add caption


Eh...sapa ha buat mcm ni.Nyaring saja suara salesgirl yang muncul tiba tiba. Tu la tak boleh tengok saja.Nak pegang pegang.Katanya nyaring.
Gulllp...cikson telan lior.Si teller pula dah berhenti kira barang cikson.
Bila duit baki diberi dan barang ditangan cikson bersuara...
Adik...makciklah yang tak sengaja jatuhkan barang tadi.Tak ada yang rosak kan.Minta maaf banyak banyak naaaa.
Cepat cepat cikson tolak trolley .Tak mahu dengar apa kata depa lagi....l

Haha.... satu hari makcik jadi clumsy..And  its not my day.

Anda pernah jadi clumsy? Kat tempat awam bukan rumah sendiri.Apa lah rasanya perasaan itu hari.Laugh at it,walk away quietly or own it up.
Dalam kereta cikson beritahu cikli.Dia ketawa terbahaq bahak gilihati.Bini dia berani sekali.Mengaku buat salah kali ini.....hahaha.hihihi.


di sana sini cctv

4 comments:

  1. masa nk jdi.saya prnah di Pdg Besaq.org lain yg jatuhkan rak brooch saya yg di salahkan sebab saya brada paling hampir.nsib baik anak ada sama.Kita argue pun dia tk prcaya.dia kata sya kena gnti.bekas brooch yg patah tu.I kept on saying I did not do it.Last2 I call my cousin.(polis) and said aloud mai sat tengok apa jdi di Pdg Bsaq ni.(actually I tk call pun,pretend saja.)all of a sudden the shrieking lady tadi dh hilang.I waited there..buat brani konon tapi dia tk mai2. 2 weeks aftr that I just passed her stall again.dgn kedai2 dah hilang.org lain menega di situ.dia cabut terus..tau takut..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sahih org sana.Takutlah tu bila dengar polis.

      Delete
  2. Cikgu
    Akak pun pernah jd cenggitu
    Nak ambil roti utk sup di meja buffet. Bekas roti dan roti melorot jatuh dan bunyinya mmg kuat.
    Semua mata pandang akak.
    Alaaaa buat macam org lain yg jatuhkan... Muka selamba dek jer..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..buat selamber aje.Lepas tu kita buat buat tanya...eh siapa bagi jatuh ni ha?

      Delete