hi awesome ,love you all

Wednesday, July 16, 2014

CDM 25 ....satu pengajaran

Ramai tentu dah tahu tentang kisah kak long bawa CDM 25.
So cikson ingat tak perlulah nak cerita tentang peristiwa tersebut.Kalau nak tahu gooooogle ajalah...hehe.

Yang penting kita tengok apa pengajaran dari episod steering lock itu.
Cikson selalu saja menasihati anak anak supaya tidak cepat melenting,mengelabah bila terlibat dalam situasi yang meruapkan darah.
You ni ,orang rampas tempat parking kita pun masih dok cool .
Di satu supermarket, parking kereta tu sepatutnya milik kami sbb kami tunggu dulu.Tiba tiba zuuuuup,sebuah kereta meluru dan masuk ke parkir itu dengan selamba.Memang lah naik darah dibuatnya.Mau ambil steering lock pi katuk kereta dia.Tapi cikson larang ....eh sabarlah.Carilah yang lain.
Maka marahlah sebuah kereta pada cikson yang selalu saja suruh beralah dan sabaaaaaaaaar memanjang.
Sebenarnya orang yang sabar dan mengelak dari berlaku sesuatu pergaduhan itulah yang menang sebenarnya.Cikson berfalasafah yang adakala difalasampah.
Jangan jadi penakutlah...kata seorang
Fight for our right... tambah seorang.

Dan bila lihat video kaklong puegeot CDM tu ,ingatan cikson pada anak anak.Semoga mereka berhemah dijalanraya,sabar selalu,mengalah dan merendah diri.Tak rugi pun kalau kita amalkan sifat sifat humble.Berlawan tak perlu tinggi suara.Bertempik macam dah hilang warasnya...

Stay cool ...banyak cerita tentang the art of staying cool yang meredakan keadaan .Kalau tidak ...hmm entahlah apa sudahnya.
Yang menang jadi arang
Yang kalah jadi abu
Itu kata pepatah Melayu...
Yang dua dua kita tak mahu.
Arang atau abu



6 comments:

  1. Yang lebih memalukan ialah, di bulan Ramadan yang mulia ini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Azie,
      bulan ramadan bulan mulia
      sepatutnya jagalah budi dan bahasa
      supaya amalan kita diterima...tapi sebaliknya pula jadinya dia..semoga anakanak cucucicit dapat pengajaran darinya..

      Delete
  2. It takes time but one can learn to adopt stay cool attitude. That is what I think. It may not be totally right as we human are made emotionally differentl.

    ReplyDelete
    Replies
    1. pakcik Al-Manar
      totally agree with you.
      Staying cool tho sometimes perceived as meek and be bullied saved a lot of troubles...mengalah tak bererti kalah is my fav.cooling off words.

      Delete
  3. Yes,,,stay cool...tapi kadang-kadang menyirap jugak darah! Tapi tak apa, setiap yang berlaku ada pengajarannya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uncle,
      semoga kita dan keluarga kita terpelihara dari ujian seperti ini ..amin.

      Delete