Monday, June 23, 2014

masak masak ...pindang ikan, ikan kicap

Sehari dua ni terlalu panas kat sini.Mujurlah hari ni angin agak kuat namun bahang matahari masih menembusi dinding.
Selera makan pun jatuh merudum.Gulai dan sambal tumis rasany bagai tak dapat terima oleh tekak..
So jenuh fikir apa nak masak kelmarin dan harini.....
Kelmarin cikson masak........
asam pedas@ pindang ikan
Sayur kacang panjang goreng kicap...

Harini pula..
ikan masak kicap
sayur bayam bersama tembikai.

Pindang ikan

2 atau 3 ekor ikan entahapake namanya
cili sedia blended cikson style 3,4 camca
air asam jawa
sos tiram
gula
garam
daun kesom
bawang putih dan bawang merah blended 2,3 camca

caranya
Tumis bawang putih bawang merah
Masukkan cili blended,bawang blended
masak hingga hilang bau
Masukkan air asam jawa
Sos tiram

Bila didih masuk ikan,garam dan gula secukup rasa
Masukkan daun kesom....

Senang bak gitu....pejam mata pun boleh buat.
Sorry tak sempat ambil gambar.Oh ya cikson masukkan asam belimbing juga dalam masakan ini.


Ikan kicap
tiga empat keping ikan digoreng.
tumis bawang putih bawang merah
Masukkan cili padi
Tuang kicap,sos tiram,cuka,garam,dan gula secukup rasa.Tambah sedikit air.
masukkan keping ikan .Balik balikkan hingga sebati.Hidangkan..Letakkan hirisan nipis nenas,tomato utk hiasan.

Bila panas membahang,gulai mulai letak ketepi.
Masak kicap,sayur manis pujaan hati





2 comments:

  1. betoi yang....dapuq baghu barghu ada motivasi nak masak...

    ReplyDelete