Saturday, May 10, 2014

From the News...pulanglah anak anak.

Mother's Day...besok kan.
Tersentuh hati ibu seorang aku melihat berita di Sky News baru tadi.Tentang penculikan gila oleh orang gila yang tentunya tak berhati dan berfikiran normal.Dah hampir sebulan berita tentang anak anak gadis 15-18 tahun diculik jadi Breaking News.Se belum ini MH 370,Ferry Sewol jadi bahan berita dunia.Dan aku tidak sehari pun leka untuk tidak mengikuti berita tentang nasib mereka.Tentang usaha untuk BRING BACK mereka.


demo

sepanduk

antara anak gadis yan diculik



sekolah

berita


mereka yang menunggu

sekolah yang dibakar

kemusnahan

Untuk mereka yang masih   kelam tentang kisah berkait Boko Haram,biar cikson beri sedikit pencerahan.Yang cikson lihat dalam tv setiap pagi.

boko haram


On the pretext or assumption mereka yang semua tentang barat adalah haram ,puak boko haram ini menculik hampir tiga ratus murid perempuan belasan tahun yang sedang tidur diasrama mereka.Boko Haram bermaana Sekolah Haram kononnya mengikut perintah  yang menyuruh mereka menghukum anak anak perempuan yang bersekolah.Kerana  mereka hanya dijadikan untuk berkahwin...dari apa yang dikatakan oleh ketua mereka dalam video yang disiarkan.Kumpulan ini dikatakan seakan taliban di Afghanistan...sera

Banyak cerita sebenarnya berlaku tentang kisah pahit ini.Bermula dengan bapa presiden yang rileks saja semasa diinterview ,hingga si isteri yang menyumbat ketua penunjuk perasaan dalam jail.Kononnya saja saja buat cerita untuk memalukan suaminya.Hanya apabila orang berdemonstrasi hingga luar negeri dan channel berita CNN,Sky News buat breaking news setiap hari serta Barrack Obama mengambil perhatian,barulah kisah ini jadi perhatian negara.Dan berita tentang kisah ini jadi tumpuan umum hingga menenggelam kisah MH 370 serta Sewol .

Sebagai ibu yang punya anak anak,aku cukup tersentuh melihat wajah wajah sugul ibu ibu yang menunggu kepulangan anak anak yang dikasihi.Semoga kisah ini berakhir dengan penemuan anak anak ini.Namun ada yang diberitakan sudah tiada kerana dipatuk ular dan malaria.

wajah sugul ibu ibu

On the home front cikson juga sedang menunggu anak anak pulang dari ibukota.Ayam,udang,sotong sudah disiang untuk dimasak juadah kesukaan .Sedih dengar suara sianak nan sorang yang ketinggalan bas semalam .Akibat letih balik dari kerja dia terlelap.Kesian.

Sehingga anak anak ini sampai dimuka pintu,seorang ibu tua pasti menunggu.Dengan doa semoga selamat dalam perjalanan...

Selamat hari ibu kepada semua yang bergelar ibu....

2 comments:

  1. Selamat hari ibu
    Semuga anak2 cikgu dah selamat tiba dipangkuan cikgu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat hari ibu,akak
      masih dalam perjalanan tapi mak dah siap menunggu .
      Lauk kegemaran macam selalu
      Ada bubur,ada cucur jagung juga ada sambal tumis
      Teringat pula tt rasa nak menangis
      Happy Mother's Day.

      Delete