Wednesday, April 9, 2014

Penghuni gua....bila ninasandaq tak bersandar


Ingat penghuni tua ini sahaja yang bosan menunggu gua tapi mereka yang berkaki empat berekor pun sama.Pukul empat pagi si squirrel dah mengiau panjang nak cari jalan keluar.Kalau tak dibuka pintu hadapan alamat adalah perilaku dia yang tak gemar nak kita pandang.Maka dengan itu,tergagau cikson kedepan untuk melepaskan dia keluar....biar dia  berhibur.

Ninasandaq pula kebelakangan ini bagai anak dara sunti.Kesana sini berlari lari.Bila kakaten dah tiada,dia ajak makcik yang tua main dengannya.Kedepan kebelakang main sembunyi sembunyi.Bila makcik sergah dia,menonong dia melarikan diri.Adakala dia menghempaskan diri atas lantai dengan 4 kaki menungkat langit...

Bila cikli tonton tv pun dia buat busy.Berita CNN,BBC,Skynews dia tak peduli.Tapi bila cikli buka siaran ada lawan bola,aha...dia join sekaki.Kekiri kekanan mata dia memerhati aksi pemain berlari lari.Bila bola datang padanya,dia cuba nak tangkap pula...Gelihati kita yang melihatnya.


Add caption

Add caption

Add caption

Add caption

Add caption


Dah jemu dengan tv,dia cari benda lain buat penghibur hati.Pembungkus kertas A4 pun jadi.



Add caption

Add caption


Hingga kini dah hampir sehari tak nampak muka squirrel yang pergi.Eh kemana agaknya dia membawa diri

No comments:

Post a Comment