hi awesome ,love you all

Wednesday, February 5, 2014

Jalan jalan Padang Besar.

Kemana ya nak pergi bila di Perlis..I mean going shopping.Disini yang ada pun Cmart yang tak jimat.The sTore yang kadangkala nampak macam store in real sense...maaflah kalau la ni dah elok sbb lama dah tak menapak tangga kat situ.
Bagus juga bila tak dak tempat nak perhabis duit...

Oh ya jangan lupa Padang Besar ...tapi jangan dok pi masa tengah orang bercuti..nanti takut tak ada tempat nak letak kaki..

Kelmarin...cikli ,cikson dan ciklin naik cikteh  jalan jalan makan angin .Destinasi tak lain tak bukan Padang.Ciklin nak cari cadar.Cikson nak cari baju.Cikli pula nak cari benda utk kunyah....

Orang tak ramai.Tapi kedai pun banyak yang tutup.Round satu bazaar atas bawah ,yang nampak baju baju utk orang muda.Kedai Notis Jangan letak tangan dan menungkat siku pun makcik lalu.Haha...memang nampak sangat kemas kedai dia sbb kosong tanpa pelanggan.Gerai yang letak notis jangan dok menggatal tak beroperasi kalau tidak makcik nak pura pura beli barang utk snap gambar notis notis berbagai.

Masa kita pergi pasar Khadijah dan Pasar payang tak pernah jumpa pula pekedai letak notis macam ni..Buat malu saja .Nak berniaga buatlah cara yang baik.Kalau dah tak bagi sentuh baik bawa balik simpan dalam store...
Dan satu lagi kalau pembeli tak jadi beli,tak payahlah dok tunjuk ranggi..
Banyak benar ragam yang dapat dirakam semasa menjelajah ruang ruang niaga di Gapura Square semalam.Ada yang ramah tamah,tapi ada yang buat layan tak layan...kurang seringgit pun tak jalan.

Berhenti makan diwarung macam pasar...gerai no 2 ...tak sedap pun nasi paprik dan air nyok dia.Hari panas terik .Cari kipas besar utk sejukkan badan...tapi mata dok terpandang pandang..

Di penghujung jalan,kami pulang.Bawa pulang pembelian hasil tuaian.Ringgit bertukar tangan.
Ada cadar, ada tikar.Ada  pulut hitam,gula nibong .Ada kacang tumbuk dan biji gajus..Cuba teka siapa yang borong .
Dan ada bantal penyendat tengkuk....tanda satu perjalanan yang bakal diharung...
Terjeghembab semasa on the way kereta google map....dokla tertanya tanya kenapa kereta dia ada serombong.


6 comments:

  1. Baru ni balik Jitra tak pi pun padang besaq.. bawak hat kecik payah sikit.. hangat tak suka.. mengamuk2..
    pi sebelum ni pun takat kedai juai coklat ja pasai ada aircon.. pi makan pun buat perangai.. hangat...
    mak sampai tak dan nak ronda..

    ReplyDelete
    Replies
    1. makchaq,
      kesian...lain kali datang lah lagi.Singgah rumah saya hantar anak bagi saya baby sit..boleh mak ronda ronda.

      Delete
  2. Cuti panjang jangan cari pasai dok pi Padang Besaq peniaga semua sombong, depa banyak pelanggan jadi seringgit pun tak mau kurang. Balik Perlis dah 2-3 kali tak dan nak pi Padang Besaq dan memang tak suka nak pi time cuti panjang macam tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jun,
      betui tu...masa ramai orang depa buat tak heran kat kita...biaq pi kat depa nooo.

      Delete
  3. Waktu tinggal di Penang, kami kerap ke padang besar dan hadyai semata2 nak pi makan tomyam ori....
    Mmg sedappppppp
    Sekarang dah jauh.. Tak merasa lagi ler. Pelan hari pelan tua, mmg tak rajinlaaaa nak duduk dlm kereta lama2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak,
      naikla air asia.turun aloq staq .Lepaih tu pi pdg besaq.
      Makan kat kola....mmg best punya.

      Delete