Sunday, January 26, 2014

What's Up...ingat sejuk..pening yang dapat

Menjejak kaki luar dari no.7 kadangkala saja dapat dilakukan.24/7 terperuk dala rumah buat aku tak berapa tahu keadaan sebenar alam ini .Tapi harini cikson menapak hingga ke Kuala Perlis kerana memenuhi jemputan kahwin anak jiran.

Alahai ....awat rasa panas semacam ni...keluh cikson sambil menyeka peluh yang menitis.
Kata Perlis akan sejuk sampai 19 .
So much hype on that lately.

Duduk dalam rumah memang terasa sejuk bila angin menerjah melalui pintu dan tingkap yang dibuka.
Tapi semasa cikson keluar rumah dia rasa bahang matahari.Menunggu cikli mengisi minyak distesen minyak rasa panas membahang.
Rasa macam 30 adalah...kata cikson pada cikli.

Membeluk ke kanan di jalan mencari rumah pengantin...tak ada pun macam orang buat kenduri
Membeluk kekiri ...ada 2 rumah.jenuh menyoal tetamu yang sedang berjalan ttg rumah yang kami cari.Takut tersilap kenduri.

Nasi dah habis...kata kenalan semasa kami sampai ke rumah yang betul...
Betullah...meja buffet depan dah bungkus.Tapi meja lagi satu ku lihat baru di top up nasi dan lauk.Rezeki tu.
Bersalam dgn tuan rumah kenduri lepas itu cari peluang isi perut yang dah meragam.

Dia senyum ,aku pun sama.Sama sama berbalas senyum.Bila dia tegur baru aku perasan dia membantu ku membesarkan anak anak satu masa dulu.Maid ku pun aku tak perasan.Aduhai...Memang tahap kronik aku dah dalam mengecam muka dan nama..Adoi..

Sepinggan nasi berlaukkan ayam merah,daging korma,gulai ikan dan sambal belacan betul betul menambat selera,Mau menambah.Tapi malu la pula...

Sampai rumah,badan dah longlai.Capai bantal terus terlina...Miss going to another kenduri sbb cikli pun pening...sikit lagi nak tertungging.

Meleset betul tekaan kami konon dapat makan kenduri dalam cuaca dingin...sedingin london dimasa spring...Hangat dan pening adalah...mungkin hangat dari laut.Pening dari perut...hehe

4 comments:

  1. Haah, ampai kain tadi terasa bahangnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. sejuk dalam rumah sahaja kalau disini.Pi keluar berjalan,rasa berbahang.

      Delete
  2. Alaaaaa
    Sebentar jer sejuknyaaaa
    Takpa cikgu
    Cuaca ni bukan menentu kan?
    Esok2 dingin semula kot...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya tak ya...hari semalam rasa sejuk balik.Tapi dalam rumah .Tak perlu pasang kipas.Sep duit karan.

      Delete