Wednesday, January 29, 2014

Mengimbau kenangan...cikgu bisu ke?

Hari ni dalam forum ,banyak cerita tentang bilik darjah..yakni guru.
Ada cerita guru tuisyen  merotan sampai lebam anak anak yang tak tahu abc...4 thn baru pun.4 tahun dah hantar tuisyen?Kesian budak tu.
Ada guru jadi polis.
Ada guru itu dan ini....tak kehabisan.Lagi dicungkil lagilah datang.

nak cerita bagi...

Memang terganggu minda nak mengajar kalau anak murid tak disiplin.Kita buka mulut,dia pun sama rancak nak bercerita.Bagi isyarat suruh beri perhatian kpd kita yang dok mengajar dia buat tak kisah.
Ada kah cikgu pi lempang dia...ishhh tak usah.La ni cikgu sendiri jadi susah.
Bawa dia ke depan...ask him to share his story
Atau suruh dia ajar atau eja atau explain...but some are attention seekers..
Ada masa bila tengok meja dia kosong... rasa lega hari tu.Tak ada lah yang akan buat kita naik minyak..hehe.

Saya cukup tak faham,cikgu yang masih boleh mengajar dan anak murid bising macam pasar borong.Nak tabik hormat atas kesabaran cikgu ke atau apa. .Siap terlompat lompat ,terjerit jerit....whoa..not me.
Kadangkala setiap 5 minit kena jerit suruh diam,Last last suara hilang pelajaran ke mana.Pengajaran tak kesampaian.

Its vital...murid berdisiplin dalam kelas
Selalu tak dengar murid dok jerit....saya cikgu ...saya cikgu...45 orang selang seli ..Cikgu kelas sebelah tentu sakit hati..
Well...dalam menjadi guru,cikgu mesti cari ilmu.
Ilmu kontrol kelas sudah tentu.

Dalam mencari jalan utk tidak banyak bebelan...saya terjumpa satu cara....bahasa isyarat.
Murid saya ajar bahasa isyarat utk beberapa perkara.
Nak minta pergi toilet...
Nak jawab soalan tanpa perlu jerit ... saya cikgu
Add caption
Nak cerita kepada kawan cerita nya pun sama juga supaya depa tak jerit ganggu kita semasa kita bercerita/mengajar....tanpa sebut me too,me too.


Dan idea ini saya kutip dari sini....bacalah.Tak rugi tambah ilmu.

sini ya..

Sekali tu anak nakal itu tanya dekat saya...cikgu bisu ke? haha.









11 comments:

  1. Cikgu...
    Mmg saya ni tabik hormat atas pengorbanan cikgu mendidik dan memberi tunjukajar pd saya dan anak2 saya.
    Anak2 saya perempuan semuanya. Alhamdulillah tiada masaalah disiplin. Anak2 yg buruk disiplin nya sebab ibubapa mereka juga... Kita yg bentuk depa. Jika mereka berdisiplin.. Cikgu pun mudah nak beri tunjuk ajar. Jgn anak yg ibubapa pun tak boleh nak
    Kawal... Bila kena tegur dgn cikgu.. Ibubapa tu pulak pi jumpa cikgu.. Ngadu pejabat pelajaran.. Masuk paper.....
    Mmg anak sekarang dan zaman kita dahulu.. Murid2 dah tak hormat
    Guru mcm dulu.... Lg jika bapaknya ada title datuk.. Lg besar lagaknya. Ibunya pun boleh sms atau jumpa guru dan memarahi guru....
    Ini semua pengalaman saya melihat guru di sekolah anak saya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak,
      cabaran bila jadi guru lebih lebih lagi sekarang ni tak terkira banyaknya.Mcm mcm mengikut tempat cikgu mengajar..Dibandar lain,dipedalaman lain.

      Delete
  2. nak didik anak2 bukan makpak je kena pandai, cikgu pun kena pandai kan? cabaran bagi cikgu skang ni besar, macam2 ragam budak2 skang ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau dua dua pihak pandai,insha Allah anak anak kita juga yang cemerlang..kan.Berbeza tau ibubapa anak anak kita dengan ibubapa anak anak depa..kalau kita boleh belajar.

      depa as in the chinese parents ,I see greatness in how they raise their children and emphasis on education.

      Delete
  3. Rata-rata memang sebagai guru kena kreatif. Kalau tak kreatif akan jadi kreatif juga sebab nak menangani masalah yg sudah di depan mata. Sign macam ini ok juga tapi itulah bila murid pulak terlalu alert dia ingat cikgu bisu pulak hihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kakzakie,
      adakala tepuk dahi juga bila pelajaran tak menjadi.Kalau tgk murid suka ,senyum sampai nampak gusi.

      Delete
  4. hanya cikgu yang tahu dunia guru dan muridnya. Guru sekraaang kena belajar dan timba pengalaman dalam skill kontrol kelas... Skill .. nak bg budak buat keja yag kita suruh .

    ReplyDelete
    Replies
    1. sangat betul...kalau cikgu tak ada skil, org ingat cikgu tak ada dalam kelas.Pernah jadi pi sergah kelas..rupanya cikgu ada..

      Delete
  5. Memang respect kat cikgu.. bukan senang nak kawai budak.. macam2 ragam....
    lawak pulak bila depa kata cikgu bisu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. makchaq,
      Adakala bergegar badan dok tahan sabaq.
      Dulu boleh lagi dok tampaq tampaq.
      La ni silap sikit masuk surat kabaq
      Satu saja cikson nak habaq....kena sabaq

      Delete