Tuesday, October 29, 2013

Mencari O2 ?

Mencari O2?
O2...oksigen la tu.

Ada hari macam tercungap cungap  nafas dihela.
Ada hari tersumbat kerongkong bila makanan ditelan..

Rasa macam oksigen yang di sedut tidak sampai ke hati dan jantung.Darah tidak mengalir ke otak dan saraf...

Lebih lebih lagi sarat dan berat rasa ini melihat ,membaca dan mendengar berita berita semasa.Dan yang jadi punca utama adalah S,RM,bhat,rupee,rupiah,dollar penyebabnya....

Punca pegawai ambank ditembak
Punca banjir lumpur di CH
Punca ketua keluarga mengamuk hingga sanggup membunuh....dan entah berapa banyak lagi kejadian ngeri dan trajis puncanya adalah kerana wang...

Punca ibu tua itu bersedih adalah juga kerana wang...Sedih dia bila wang yang dikumpul ,di simpan dengan membelakangkan keinginan dan kemahuan habis begitu saja.Berdikit dikit dia menabung...ikat perut ikat kerongkong....tapi...well dont have to elaborate...Anyhow kesian dia..

Dia masih ingat punca pergeseran dalam keluarga...semua kerana wang.
Dia masih tak percaya orang sanggup menyembah,melutut,merayu kerana wang.

Kerana wang suami juga isteri dihalau,diherdik,dihina.
Kerana wang bapadan ibu tidak dipandang sebelah mata.
Kerana wang adik beradik tidak bertegur sapa.
Kerana wang,kemuliaan sesuatu bangsa  dinilai olehnya...
Kerana wang sesuatu negara jadi kuasa dunia

Aduh....besar peranan wang.Tanpa wang orang boleh jadi beruang.
Tanpa wang.....beribu akibat kait berkait,ulang berulang.

issssh mama ni.....tajuk O2...napa ringgit jadi coretan..

Anak anak....terlintas difikiran ini nak cari oksigen sweet and fresh nanti nanti...kalau dapat ke gunung ,kelaut,kepulau tentu menyegarkan....
Dah...dah semua tu perlu ringgit....
 Tapi masakan dapat fresh oksigen kalau tidak membelanjakan wang....

Dan teringin mama menyelusuri tempat tempat ini yang mama kunjungi beberapa dekad lalu....kalau nak pergi sendiri memang tak mampu.

rezeki ke london


memberi makan burung merpati di trafalgar square

tapi anak anak....rasa ke tempat yang kita bincangkan menggamit gamit....jadi tak? Kalau nak simpan duit sendiri .No spnsor mnsor.OK?









6 comments:

  1. Suami isteri boleh bergaduh, bertengkar juga kerana wang!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uncle,
      Salam.
      Hilang kasih sayang pun kerana wang..lumrah alam kan uncle.
      Duit banyak abang disayang
      Duit habis abang melayang...

      Delete
  2. Ada kerana tersangat terdesak, ada kerana sifat tamak...

    tak dak duit langsung pun tak boleh jadi... tapi kalau dah jadi tamak dan hamba duit tak baguih jugak..sampai begaduh adik beradik, anak beranak....

    Seronok sesekali pi menenangkan pikiran dan sedut udara segaq....

    ReplyDelete
    Replies
    1. makchak
      Sangat sangat bersetuju.Tipu sana sini pun kerana wang.
      kalau tak ada aral melintang teringin nak pi tengok penyu bln 11 nanti.Jom.

      Delete
  3. Kerana duit, orang selalu merasa imej ikut berubah dan kemudian diuji Tuhan dengan rasa riak dan angkuh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Azie,
      darjat seseorang banyak tergantung nipis tebal kantung duit dia.Adakalanya.

      Delete