Saturday, October 5, 2013

Alahai omak

Dah nak sebulan omak den bersama den....ewah dok ber den den pula cikson pagi ni...Pagi ni sejuk sampai ke tulang hitam.Hujan sat berghenti sat lebat...jangan karam sudah...

Nampak naik sikit pipi tu ....kata cikli semasa kami dimeja makan bersama menikmati juadah.Bertambah tambah tt walau just simple dish of ikan kembung masak asam.
My omak memang sedia kurus dari azali.kalau tak ada kulit tentu nampak segala organ dalaman...dia melawak bila cikli sebut dia dah berisi sedikit.

haha...dengar tu ...tengah dok mop lantai masa cikson tgh dok berketuk ketak dikeyboard.Mak memang tak boleh duduk diam.Katil yang dia tidur sentiasa kemas .Meja solek sentiasa dilap...she would find anything to do.Lap sana lap sini....

Lantai ni kalau tak mop bergeda....katanya.Cikson biarkan dia buat yang dia suka.Tapi sentiasa berwaspada.

Ehhh...bila depa nak mai...setiap kali dia berada di muka pintu.Tentu dia teringat mereka mereka yang dia rindu.Anak cucu yang dia tolong besarkan kot la nak talipon tanya khabar...kalau pun sibuk sangat dengan kerja harian..Tak luak aih sekupang dua...

Besok ni kita pi la tengok depa....kata cikli.Besok is another day.Harap tu tak adalah hal hal lain yang datang menjelma.

Raya ni depa mai kot...budak budak semua nak balik.Referring to my children who would be coming back for the Raya haji nanti.Nampak sedikit cahaya diwajahnya..

And kadangkala menjaga mak macam menjaga baby....tidur malam macam tidur tidur ayam..Ada nyamuk ke...elok ke dia bernafas . semalam tentu dua tiga kali terjaga jenguk keadaan dia.

Satu malam cikson terkejut tengok dia sedang mandi
La...mak ingat dah siang....kata dia.

Alahai omak....siang dan malam ,pagi petang dirumah cikson memang susah di kira.....kan kita duduk digua..

Alahai omak...mop tu utk bilik air la...


.



1 comment:

  1. kak its always so nice to read about yr mak.wat she does evryday..nanti I cerita about my mak soon.,,kita tukar cerita na?

    ReplyDelete