Monday, September 2, 2013

Jangan menjawab !

Gelihati bila diceritakan kejadian itu....berdekah cikson ketawa.

Cerita ttg siapa lagi kalau bukan pentadbir haru biru sebuah institusi pengajian nun dekat sempadan...

Penyelia cikli dah fed up dgn layanan pengetua tak tentu hala ini dan minta nak berhenti.Dengan ini dah 4 oranglah berhenti kerana kerenah melampau dia ini.Dari hari dia mula masuk bertugas dia dah set agaknya nak pekena syarikat cikli sbb tu kadang kadang cara dia tu mcm ridiculous....macam kerja orang sakit mental pun ada.
Yang tak ada dalam spec perjanjian pun dia hentam suruh cikli buat.Kerja gila  melupus mengetuk membuang berdozen  kerusi batu yang bertan beratnya selain menebang pucuk pokok yang tinggi melayup.Itu pun cikli buat kerana nak menjaga persafahaman dgn dia.
Lepas tu dia kerah pula kawasan yang tak masuk dalam perjanjian...beratus meter persegi pula tu.Cikli tak dapat tunaikan sepenuhnya.Inilah mula dia sakit hati.Dari RM 100 dah jadi 700 ringgit dia potong sebulan.Bulan puasa pun dia potong....terjejas nafkah anak buah cikli.Bila cikli hantar bukti bergambar counter semua tuduhan,dia boleh pula suruh cikli claim balik.Tiga suku.Itu tandanya dia buat kerja ikut kepala sewel dia...Boleh dok main tarik tali rezeki orang.Geram...
Bila ada lawatan VIP atau ada function,dia kerah buat gotong royong.Semua schedule kerja syarikat ikut tender dia lempaq masuk longkang...Lepas tu nak ucap terimakasih atas susah payah orang haram bagi dia.Entah buku pentadbiran apa dia baca...Itu satu hal...Tak dan beralih hari dia ungkit pula kawasan yang cikli terpaksa tinggalkan kerana menurut arahan semasa dia.Gila buat kerja dgn dia...
Satu hari dia cabut rumput dan merungut rumput tu panjang...Ya la rumput kan benda bernyawa.Tak sampai masa nak tebas lagi tentulah dia panjang. Dia nak rumput panjang 1 inci macam istana negara....setiap masa setiap kawasan..
Jom kita bawa dia pi lawat lebuhraya.Cuba dia tengok sepanjang jalan tu...1 inci kah rumput dari Perlis sampai Johor....
Jangan menjawab....dia tempik pada penyelia cikli bila penyelia menerangkan situasi ..
Penyelia naik angin ...lagi pun dia dah nak blah...terus dia tempik...ADA MULUT JAWABlah! Ambik kau.
Dan dia mempertikai kerja cikli bila menyoal pekerja ttg pengetahuan cikli ...mau tak geram cikli hari tu..
Sebenarnya inilah pertama kali kami mendapat pentadbir se gila ini.

Dia tahukah kerja sebagai pentadbir pemimpin sebuah sekolah asrama penuh?
Dengan kejadian khalwat antara pelajar beberapa kali ditangkap...tapi hairan yang menangkap pula dituduh bersalah..
Dengan keputusan peperiksaan tercorot dalam Malaysia ...hah pandai kah dia jadi pengetua.?
Sebenarnya tugas seorang pentadbir bukan hanya tengok rumput,padang bola...
Tapi bila berhujah ,dengan mudah dia mematah: Jangan Jawab!

Cikson bagi cadangan pada cikli...jangan jawab apa dia kata.Pacak saja  segala ceruk kawasan papan tanda papan tanda.

Kawasan ini tak masuk dalam tender.Jangan dok pandai pandai potong claim!.
Rumput ini di mesin pada  ......hb.Dua minggu lagi baru komplain!
Bangunan ni ,pekerja .... yang urus.Pi tanya depa.Kami tak tau!
Pucuk pokok ni kami tak tebang.....kalau jatuh mati!

Bila dia tanya kenapa letak papan tanda tu...
Jawab dekat dia .... Tuan yang kata : JANGAN MENJAWAB...!!!.


2 comments:

  1. Ramai sungguh orang gila pegang jawatan tapi takdapat melakukan seperti org siuman kan cikgu?
    Jika yg buat aduan kes khalwat dituduh bersalah.. Keputusan peperiksaan tercorot.. Mmg sah2 dia yang tak
    Betul mentadbir.
    Kena banyak sabar bila melayan org gila ni....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak,
      terpaksalah bersabar kerana situ tempat cari makan.Ttg khalwat tu dua kali terjadi,2 kali pak guard kena tuduh sampai kena buang kerja.Mungkin dia nak cover
      up..
      Kalau dia beri perhatian pada program pendidikan,tentu prestasi sekolah dia tak jadi macam tu..ada cikgu sampai tak mau tgk muka dia lagi..
      Bila masa nak claim dia buat lambat lambat,macam nak tunjuk kuasa siapa dia...
      Entahlah.... apa kepuasan dia dapat dok bagi orang sakit jiwa.

      Delete