Thursday, July 11, 2013

Juadah hari ini....

Tiket dah beli...besok dah nak pergi.
So hari ni kita kasi cuci
segaaaala bahan yang ada dalam peti
peti ais ,tuan dan puan saudara saudari
peti duit tak adalah pula dalam rumah ini
sbb setiap bulan mana ada duit baki....hihihi.

Ok ...lets see
Ada ayam 2 ketul yang berisi
Ada taukua 4 keping yang dah lama beli
Ada sayur sawi
Ada kobis cikli baru beli
Ada ikan seekor entah apa nama makcik tak berapa nak ketahwi.

So set...
Bihun sup ayam untuk makan suami isteri
Gulai ikan bersama bendi
Ikan goreng ,air asam untuk laju makan nanti.
Oh ya...puding gula hangit semalam pun masih berbaki yang Cikli kata boleh buat lagi lain kali...ya bedu bedi..

Itulah anak anak juadah buka puasa kami tadi
Hari ini dalam sejarah buat kami
Kerana cikli tak beli apa apa langsung dari PARAM hari ini.
Sep duit kita ya cikli!

Hip hip hooray
Kita menang dari ajakan ,godaan nafsu kali ini.
Boleh pula ulang berkali kali......


kami pun berbuka juga

tapi ninasandaq tak kuasa nak makan macam itu

sebab terbayang lauk pauk kuih muih buffet Ramadhan menyeru nyeru


2 comments:

  1. Alaaaaa cikgu
    Gambar lauk yg cikgu citer tu takda..
    Hmmmmmm nak buat semangat masak nanti....
    Berbuka di hotel tidaklah sesedap
    Berbuka di rumah..
    Lauk di rumah disediakan dgn kasih sayang...
    Mmg sedap yg di rumah

    ReplyDelete
  2. Akak,
    kesian kat anak diperantauan .Itu yang gambar lauk tak letak banyak banyak.takut mereka teringin masakan ibu.
    Bila kita masak dgn penuh ikhlas ,rasanya mmg lebih sedap pada ahli keluarga..

    ReplyDelete