Wednesday, July 24, 2013

Chiauw with chon....pembuka selera sahur

Hujung minggu lepas ,no.7 ceria dgn kepulangan dua insan disayangi.
Seorang dari KL dan seorang dari Pahang.....pulang hanya untuk berpuasa di sini.
Kesian mereka...semalaman dalam bas ,esoknya dah nak balik bekerja.

Sempat juga berbuka dgn ikan bakar Kuala Perlis dekat Mona di Komar Laut. Untuk berempat kakaten belanja ....terbang RM 80.00.TQ dahlings for the visit and the trip.

Tak berkesempatan memasak bagi berbuka ,mama masak untuk bersahur.Juga bekalkan buat berbuka diatas bas untuk kakak dari Pahang.Dah kata pun jam 6.45 bas akan bertolak.

Nasi putih,gulai ikan,sambal tumis ikan bilis,telor dadar jadi bekalan.Tak lupa sebotol pi chi kit teck on jika berlaku kecemasan...hohoho..

Selera makan nampak kian berkurang lebih lagi waktu sahur.Kalau dihidangkan masakan waktu berbuka.nampaknya kau tengok hang aku la jadinya.Hanya makanan segar fresh from the stove saja mampu menggamit selera.
So pagi tadi at 4.45 mamason bersilat berkungfu panda siapkan menu paling ringkas.
Sayur sawi
Ikan bilis berserai.

Bolehlah telan nasi sepinggan .

So here's my recipe for ikan bilis goreng berserai.As simple as can be....


gambar ...hongkitchen.


Ikan bilis segenggam.Basuh cepat cepat dan toskan.
Serai sebatang dua... potong nipis bulat.
Asam jawa Adabi sebesar hujung jari...
Bawang putih dua biji (?) cincang
Cili sebiji...potong serong
Bawang besar... belah dua..potong pendek.

Panaskan sedikit minyak
Chiauw semua bahan....sampai garing.Siap!

Laju rupanya makan nasi pagi tadi.

7 comments:

  1. Saya tak pernah masak ikan bilis boh serai. Nak terai la nanti. Ikan bilis goreng garing dgn kacang tanah goreng pun sedap Makcik!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cubalah..sedap juga.Habis sepinggan untuk berdua.

      Delete
  2. Terima kaseh cikgu..
    In syaa ALLAH saya cuba nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak,
      Sila silakan...nanti bagitau terbuka dak selera masa makan sahur.ok.
      Asam jawa paste guna yang dalam bekas plastik.Jangan letak air.

      Delete
  3. o.. boleh try ni.. selalunya mkn simple2 ni lea yg menyelerakan kan.. heee... =)

    hai.. salam kenal,
    follower no.71
    done follow sini,
    jom follow teman yea ..=)

    http://tengkubutang@blogspot.com/ -->(official)
    http://kucenkucenbelog.blogspot.com/ -->2nd blog

    ReplyDelete
  4. adoiii...yang pi cerita buat apa!!!! Saya dah lapaq pulak dah! Balek satgi nak goreng ikan bileh lah....

    ReplyDelete