Sunday, June 23, 2013

Saya tak mau menangis tapi ada air dihujung mata.

Setiap pagi without miss,itu blog pertama  aku buka.Menyelami perasaan hati seorang ibu yang berjuang untuk anak nan satu.Puitis bahasanya selembut orang nya dan namanya.Dan tanpa aku sedari ada air dihujung mataku.Tapi selalunya air itu  deras mengalir di pipi seperti kesusahan ,keperitan yang dialaminya itu punya aku sendiri.
Apa boleh ku katakan selain memanjat doa pada yang esa semoga penderitaan ibu ini berakhir jua. Semoga anak yang disayangi dapat kembali sihat semula dan jadi ibu kepada bayi yang baru dilahirnya.
Aduh...berat mata membaca ,berat hati berasa rawan tapi berat lagi bahu mereka yang memikulnya.

Sabar ya GH..

Petang semalam aku menghadiri diri ke majils .Berjumpa dengan kawan sekerja lama.
Dah berapa cucu? Tanya dia.
Mana ada...
Maka cerita hampir lima tahun lalu di imbas kembali.
Tak apa macam tu...katanya.Saya sekarang jaga cucu dari dua rumahtangga anak anak yang bercerai.Penat.
Saya tak mahu menangis tapi ada air di hujung mata.Cepat cepat aku minta diri.Tak mahu cerita sedih pedih dulu membungkus diri....Aku cepat sedih bila bercerita tentang itu....

Sekarang pun masa ini aku tak mahu menangis...buat apa.Tapi ada air dihujung mata menitis...


No comments:

Post a Comment