Saturday, June 8, 2013

Ayam kunyit.

Setiap kali ada yang nak balik ,rasa macam tak lengkap,macam satu kekurangan kalau mama tak siapkan bekal.Walau berpuluh kedai makan sepanjang jalan,berjebah R&R ,berhenti saja mana suka.Tapi kalau dapat bekalkan mereka dengan sarapan ....lega rasa hati.
Hari ni hari terakhir sibungsu bercuti...jam 10.15 akan bertolak balik ke KL.

Selepas subuh mama siapkan cucur jagung bersoskan cili Thai untuk sarapan pagi.
Kemudian beroperasi memasak nasi dan satu hidangan ayam goreng kunyit buat bekalan.

Tadi...sianak dah sampai ke KL.Dalam sokseknya dia bertanyakan resepi ayam goreng kunyit itu....

So untuk panduan...

Ayam....hiris sederhana nipis.
Perap dengan garam,kunyit,bawang putih dan merah yang dah diblended.

Tumis halia,bawang .Masukkan perapan ayam goreng hingga hampir garing.Masukkan sos tiram,serbuk lada putih,asam jawa
Masukkan bawang besar,cili padi,tomato hiris.

Goreng lagi hingga sebati.Angkat.

Masakan ini tidak berkuah tapi sedikit berminyak.

Hari ni sibongsu dibekalkan nasi putih bersama ayam goreng kunyit dan sebekas cucur jagung...Licin katanya.

2 comments:

  1. bunyi simple, tapi sure sedap punya kalau org veteran yg masak..with all the experience di dapoq..

    ReplyDelete
  2. Maz,
    Masakan emak walau tak sedap tetap sedap dilidah anak anak kan...kan kita masak dengan penuh rasa kasih sayang...hehe

    ReplyDelete